Hulu Selangor, 11 April – Kesepakatan Pemuda Barisan Nasional (BN) menjelangnya pilihan raya kecil P094, Parlimen Hulu Selangor 25 April ini mula terserlah apabila seluruh Pemuda parti komponen turun padang di dalam program Pemuda Prihatin semalam.
Program tersebut yang merupakan program tradisi pergerakan itu menemui penduduk khususnya mereka yang memerlukan pembelaan di Serendah dan beberapa kawasan lain.
Biarpun dalam tempoh singkat, program turun padang itu yang diketuai Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin serta Ketua-Ketua Pemuda Parti komponen lain membawa erti dan makna yang cukup besar kepada penduduk setempat.
Rata-rata mereka meluahkan kekecewaan terhadap nasib mereka yang tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang.
Berucap di Majlis Ramah Mesra Jentera Pemuda BN, Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata kesepakatan yang ditunjukkan oleh pergerakan itu memperlihatkan mereka senada dalam memperjuangkan naisb rakyat.
Menurut beliau, langkah awal itu adalah satu petanda baik dalam melaksanakan misi merampas Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kawasan tersebut yang akan diadakan pada 25 April ini.
”Komitmen yang ditunjukkan oleh Pemuda MCA, MIC, Gerakan, PPP dan Pemuda parti komponen lain amat membanggakan dan kita perlu melipatgandakan lagi usaha untuk mengenalpasti golongan muda agar mengundi calon BN.
”Berdasarkan kepada apa yang saya lihat hari ini, saya penuh yakin jentera Pemuda tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana masing-masing cukup bersemangat untuk membantu BN mencapai kemenangan nanti.
”Siapa pun calon nanti, itulah calon BN dan kita akan berusaha untuk memastikan perubahan berlaku di Hulu Selangor,” katanya.
Turut hadir, Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid, Setiausaha Pemuda MCA Hulu Selangor, Roger Yap, Ketua Pemuda Gerakan Hulu Selangor, Ben Liew, Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V. Mugilan dan pimpinan pemuda parti komponen lain.
Khairy seterusnya menyeru golongan muda Hulu Selangor agar melakukan perubahan pada pilihan raya kecil itu nanti.
”Walaupun kumpulan ini tidak sampai 50 peratus daripada keseluruhan pengundi di situ, tetapi kajian kita mendapati pengundi muda itu boleh menentukan keputusan pilihan raya tersebut.
”Sebab itulah saya amat berharap, seluruh jentera kita mengenalpasti golongan ini agar mereka dapat membantu memberikan kemenangan kepada calon kita pada 25 April ini,” katanya.
Hanya calon Melayu UMNO akan bagi kemenangan untuk BN....kenapa MIC jadi tuan tanah di kawasan majoriti Melayu...Bodoh Punya UMNO.
ReplyDeletenak bagi semangat kat MIC suruh buat kerja sikit bila PRU 13 nanti ... jangan sampai kecundang je dah lee...
ReplyDelete