Oleh Kazman Kamal
“Cukup-cukuplah, berhentilah imaginasi yang bukan-bukan. Makin lama makin mengarut, rakyat pun dah meluat nak dengar”, demikian kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin terhadap dakwaan terbaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdepan ancaman bunuh.
Tegasnya sampai bila pembangkang khususnya PKR mahu terus menipu rakyat dengan cerita-cerita dongeng seumpama ini hanya kerana hendak menjayakan agenda politik sempit.
"Cerita bunuh ni dah lama dibuat. Dulu kata Anwar kena racun arsenik, selepas itu masa timbul kes liwat Saiful Bukhari, dia lari menyorok ke Kedutaan Turki kata nyawanya terancam.
"Dah bertahun dah, bukan main bebas lagi dia pergi merata ceruk. Ancaman bunuh apa lagi. Cukuplah buat kerja menipu ni", katanya.
Beliau berkata demikian kepada Media-UMNO sebagai mengulas laporan laman web rasmi pembangkang kononnya populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata pemimpin tertentu UMNO sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.
Fairus yang juga bekas pemimpin PKR seterusnya menyifatkan tuduhan bunuh Anwar ini tidak lebih sekadar satu koleksi cerita bersiri pembohongan PKR untuk menutup isu sebenar Anwar.
Jelas beliau lagi dakwaan ini merupakan “Standard Operation Procedur” (SOP) PKR bila berlaku apa jua kepincangan yang melanda parti itu khususnya yang melibatkan Ketua Umum mereka.
"Ini SOP mereka untuk tarik simpati rakyat. Cerita bunuh ni keluar kerana ketika ini banyak sangat skandal dan kepincangan berlaku seperti tindakan Anwar melutut kepada pelobi Yahudi, kepincangan PKR Selangor, curi pasir dan lain-lain lagi termasuk pelbagai pendedahan yang dibongkarkan bekas Ahli Parlimen PKR", ujarnya.
Beliau seterusnya mempersoalkan PKR yang cuba melencongkan isu dakwaan Anwar agen CIA-Yahudi kononnya dilakukan pihak UMNO.
"Bukan UMNO yang dakwa. Yang dedahkan perkara ini adalah blog atau media Amerika Syarikat yang sebelum ini menjadi pujaan Anwar yang mengatakan laporan media negara tersebut bukan saja benar malah telus dan ikhlas.
"Bila kena batang hidung sendiri dah macam cacing kepanasan maka timbullah cerita-cerita karut seperti ancaman bunuh Anwar", katanya sambil ketawa sinis.
Sumber: http://www.pemudaumno.org.my
Ancaman bunuh lagii..apa la punya cerita..dah takda idea lain lagi ka yang lebih logik..kalau dah ajal..kat mana2 pun boleh mati. ya la, kehidupan ini hanya la sementara. Kan lebih baik kalau anuwar bertaubat daripada menabur fitnah, menipu rakyat dan bermacam2benda yang tak baik. FIKIR-FIKIRKAN LA..AJAL 2 DI TENTUKAN OLEH ALLAH
ReplyDeletewanc:-
Kena bunuh? mati hidup aku tak percaya. Kalau senyap-senyap hilang macam RPK itu mungkin terjadi.
ReplyDeleteDia tu, tak perlu makan kat Malaysia. Duit dana yang telah dia tabungkan, cukup menyara 1 keluarga dan barua-barua dia di luar negara. Sebelum pergi dia hara-birukan negara.
agbr47: Terasa lambat pulak dia pergi.
Politik oh politik..
ReplyDelete