Pages

Monday, July 12, 2010

Datuk Ibrahim Ali tak perlu ugut BN!


By: Bro Jinggo

Maksud kata-kata Datuk Ibrahim Ali memang terang dan jelas, dengan nada yang mendabik dada Ibrahim Ali sedang mengugut semua pihak agar jangan bermusuh dengan PERKASA kerana mereka yang menentukan hala tuju negara.

Mempertahankan Ketuanan Melayu harusnya kita rujuk kepada sejarah silam,bagaimana para pejuang Melayu ketika itu bersedia untuk bersatu mempertahankan "Bangsa"nya. Mereka dapat menghindari kefahaman atau idealogi dalam aliran yang berbeza pendapat demi rumpun Melayu sentiasa terbela.

Politik dalam perebutan kuasa memerentah menjadi agenda utama untuk direbuti oleh pemimpin Melayu yang kini bercakaran sesama sendiri.

Perjuangan yang dibawa oleh Ibrahim Ali sebenarnya tidak mewakili suara keseluruhan Melayu, Cina dan India Malaysia. Malahan tak semua melayu menyokong konsep perjuangan yang dibawa oleh Ibrahim Ali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan suara China dan juga memerlukan suara India untuk menawan kembali negeri negeri yang telah tumbang akibat tsunami pada PRU yang ke-12 lalu.

Jika dilihat kenyataan Ibrahim Ali juga sering menimbulkan ketegangan kaum di negara ini. Beliau, sering mempertikaikan kerakyatan individu yang menimbulkan isu tertentu. Negara akan diancam bahaya sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki.

Datuk Ibrahim Ali, Jangan jadikan PERKASA seperti HINDRAF yang bertindak mengikut citarasa mereka sendiri, tidak memperdulikan masyarakat sekeling. Datuk Ibrahim Ali juga tak perlu mengajar, mengugut dan mencabar Barisan Nasional. Ketahuilah Umno / Barisan Nasional akan terus mara untuk 1Malaysia!!!

Kita tahu Datuk Ibrahim Ali sentiasa mencari peluang untuk menyambung riwayat politik beliau. Sejarah hidup Datuk Ibrahim Ali semua dah tau.

Sebelum ada yang "meneguk air keruh" jika benar ianya keruh. Kembali pada asas perjuangan, sejarah mengajar kita erti perjuangan. Sejarah UMNO di dalam sejarahnya penuh liku dan onak berduri ketika di zaman Datuk Onn dan Tengku Abd. Rahman, kenapakah kita lupa? Memangkah orang Melayu itu mudah lupa... Atau kita dibuai mimpi yang panjang.

Kekuatan orang Melayu terletak di bahu Parti UMNO itu sendiri... KERANA MEMANG UMNO ITU PARTI MELAYU.

Terdahulu:

PRU-13: Perkasa pantau 15 pemimpin, hadapi risiko ‘dipulau’

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan terbesar Melayu pimpinan Datuk Ibrahim Ali, telah mengenal pasti hampir 15 orang tokoh politik yang dianggap memusuhi dasar perjuangannya dan akan ‘dipulau’ dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin-pemimpin itu termasuklah mereka dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Ibrahim berkata angka itu kemungkinan meningkat atau menurun menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Dalam lingkungan 15 orang sedang kami pantau... tetapi angka ini mungkin naik, mungkin turun bila sampai masa pilihan raya, mungkin mereka yang kami pantau ini berubah pendirian, di mana kami akan sokong kemudian.

“Tetapi setakat ini, kami belum ada senarai muktamad, ia akan berubah dari semasa ke semasa,” kata ketua Perkasa ini, pertubuhan yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu atas nama mahu membela kepentingan Melayu, ketika ditemui di sini.

Kata Ibrahim, daripada jumlah itu ramai merupakan wakil-wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ramai dari PKR,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ketika ditanya sama ada pihaknya sudah mengenal pasti ahli-ahli politik yang tidak akan mendapat sokongan Perkasa ketika pilihan raya umum ke-13.

Perkasa, yang sebahagian besar ahlinya bekas ahli Umno, sejak kebelakangan ini kelihatan memihak kepada Barisan Nasional.

Sementara banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum akan diadakan tahun depan Perkasa dan Ibrahim baru-baru ini memperlihatkan hubungan dingin beberapa pemimpin Umno, MCA dan PKR.

Antara dalam senarai itu setakat ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Ibrahim berkata, kriteria Perkasa sangat mudah di mana seseorang calon tidak kira parti, tidak akan mendapat sokongan pihaknya jika mereka mempertikaikan hak orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka yang mengeluarkan kenyataan anti-Melayu tidak akan menerima sokongan,” tegas Ibrahim yang mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah seorang daripada mereka dalam senarai itu.

Ketika mesyuarat agung tahunan Perkasa Mac lalu, Ibrahim memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.”

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau sebelum ini.

Sementara itu mengulas kritikan perwakilan MIC di sini semalam, Ibrahim memberitahu ahli komponen Barisan Nasional itu kemungkinan telah salah faham dengan perjuangan Perkasa.

“Saya rasa mereka (perwakilan MIC) mendapat maklumat yang salah, saya tidak pernah menggesa agar kewarganegaraan mereka yang mempertikaikan hak orang Melayu dan Bumiputera... saya tidak pernah kata begitu,” katanya.

“Saya mengakui saya memberi kenyataan untuk mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera kerana ada orang yang berusaha untuk mengganggu-gugat hak-hak di bawah Perlembagaan negara,” katanya lagi.

Ibrahim berkata kemungkinan kenyataan agar digugurkan kewarganegaraan mungkin dikeluarkan oleh pihak lain, bukannya “saya dan Perkasa.”

“Saya tengok banyak kenyataan yang terbitkan oleh akhbar, portal dan blog bukan yang saya kata, ada yang ditokok tambah,” kata Ibrahim sambil menambah, beliau gembira kerana Perkasa sudah dikenali ramai.

“Perwakilan MIC nampaknya salah faham, tetapi saya gembira kerana mereka pun sudah mengenali kami,” katanya.

Buat julung kali nama Ibrahim dan Perkasa pimpinannya menjadi sasaran perwakilan MIC — pertubuhan bukan kerajaan Melayu muda itu disifatkan sebagai punca perbalahan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Sehubungan itu, perwakilan MIC juga mendesak pihak berkuasa agar mengawal pertumbuhan dan perkembangan Perkasa itu dari awal-awal lagi supaya tidak menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara dan keharmonian pelbagai kaum.

“Sekarang kita dengar ada satu pertubuhan baru namanya Perkasa Setia, diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali... dia seorang yang lompat dari Barisan Nasional macam katak... siapakah dia Ibrahim Ali untuk nak ugut mereka yang memberi pandangan (tentang orang Bumiputera dan Melayu),” kata perwakilan dari Batu Gajah S. Pulligessu ketika membahaskan ucapan dasar presiden semalam.

Katanya, Ibrahim tidak ada kuasa untuk meminta kerajaan menarik balik kewarganegaraan seseorang yang memberi kenyataan mengenai kaum Melayu dan Bumiputera.

1 comment:

  1. Suara Perkasa atau Katak, BUKAN suara Melayu. PAS lebih relevan...UMNO dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.