By: Bro Jinggo
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata Barisan Nasional (BN) memperlihatkan isyarat jelas bahawa perikatan itu tidak bergandingan dengan Perkasa.
Beliau menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf pertubuhan yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera!
Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman, Oleh itu, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.
Nazri juga menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.
Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.
"Kita mahu mengetepikan PERKASA dan dia pula mahu menjadi pelampau,” kata Nazri.
Mengulas saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sewajarnya membabitkan pemimpin PERKASA dalam perbincangan, Nazri berkata BN tidak mewakili orang Melayu sahaja.
“Siapa rakyat negara ini? Adakah mereka semua Melayu? Ada juga bukan Melayu. Adakah beliau maksudkan mereka tidak mempunyai hak? Adakah mereka rakyat kelas kedua? Ini yang terjadi jika anda bersetuju dengan kenyataan (Mahathir).
“Tak boleh! Kita tidak boleh terima cadangan seumpama itu meskipun ia datang daripada bekas perdana menteri atau sesiapa sekalipun.
Nazri juga memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak jika PERKASA membuat kenyataan berunsur hasutan.
Dalam hal ini, katanya, rakyat yang tersinggung atau berpendapat yang PERKASA adalah ancaman kepada negara perlu membuat laporan polis.
Nota : Kekuatan orang Melayu terletak di bahu Parti UMNO itu sendiri... KERANA MEMANG UMNO ITU PARTI MELAYU! Datuk Ibrahim Ali tak perlu ugut BN!
Umno juga perlu pemimpin spt Dato Ibrahim Ali. Jangan terlalu kendur nanti habis maruah bangsa terjual nanti. Dato Ibrahim Ali mempertahankan perlembagaan shj. Dia tidak minta lebih dari itu. Cuma kaum lain shj tak mahu faham dan menganggap Dato Ibrahim Ali begitu rasis.
ReplyDeleteNazri nie , apa sahaja yg Tun kata dia akan pasti pertikai.
ReplyDeleteNazri aziz tu memang bongok...aku meluat betul dgn dia ni cakap tak guna otak...contoh penggunaan kalimah Allah..cakap mcm tak sekolah.....aku sokong perkasa..kalau harap UMNO jee...makin tergadailah hak2 melayu sebab di himpit oleh politik dan kemajuaan...PERKASA ditubuh untuk mempertahan Hak melayu..itu yg penting kita tak mencuri Hak bangsa lain so..ape yg nak ribut sgt..Hak kita tetap hak kita sampai kiamat...
ReplyDeletePERKASA atau pun Ibrahim Ali jgn nmendabik dada dgn kenyataan kenyataan amat kemelayuannya.Citarasa tidak ini mencerminkan lansungkan ideologi sebenar orang Melayu.Apa dia wadah sebenar PERKASA. Memelayukan siapa sebenar dan dari sudut melayu ingin d melayukan? Sedarkah di dimana letak orang melayu di komposisi ekonomi terutama nya dan dari segi politik. Apa sebenar penobjektiran PERKASA.
ReplyDeleteJgn mudah menyingkirkan fikiran orang melayu which Ibrahim Ali thinks
hel represents or he his challenging the main stream malay rasionals.
Please look around you and PERKASAkan sosio ekonomi orang melayu dulu as the Malays are always lagged in every moves.Every inch of the country ,Malays are always indirectly marginalised whether we like or not.Kemunduran orang Melayu perlu d tangkis bijak.Going extreme for no reasons kills further nadi orang melayu yg setiap kali perlukan suntikan padu Kerajaan BN.
PERKASA kedudukan orang Melayu dan Bn di Kelantan kalau betul dia bersikap ultra Malay.Jangan hanya lantang for no reasons. Have records to justified others
harap PERKASA tidak jadi NGO yg mengacau hasrat PM menawan kembali tanah yang kita tekah hilang, makin banyak pasir yg di curi dan makin rompong negeri Selangor ini, PLS DO NOT DISTURB.TPM juga tlh beri amaran agar kita jangan taksub dgn NGO yg konon mahu membantu org Melayu,sendiri mahu ingat lah. Kita ada tugasan berat utk laksanakan. PERKASA perlu mebetulkan landasan perjuangan mrk.
ReplyDelete