Pages

Sunday, July 4, 2010

Hentikan budaya hasut menghasut dalam Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata sikap segelintir pemimpin yang terlalu ghairah untuk menjadi calon pilihan raya sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk memperlekehkan rakan di dalam parti juga boleh menyebabkan perpecahan.

Pemimpin Umno harus menghentikan budaya menghasut untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kerana keadaan itu boleh menjejaskan parti dan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau bimbang sekiranya budaya kurang sihat terus belaku ia akan memberi laluan mudah kepada pembangkang untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya lg anggota akar umbi tidak mempunyai apa-apa kepentingan namun mudah terpedaya sekiranya dihasut oleh pemimpin yang mempunyai agenda politik sendiri dan seterusnya menimbulkan budaya berpuak-puak.

Mohamed Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas berlaku akibat perbuatan orang di dalam parti sendiri dan bukan kerana kekuatan pembangkang.

Justeru katanya, rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila tidak menyokong BN kerana ianya berpunca daripada sikap pemimpin sendiri yang tidak bertanggungjawab.

"Sepatutnya pemimpin menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat untuk meraih sokongan secara sihat dan telus. Dengan mempunyai kekuatan dalam parti ia akan memberi laluan mudah kepada BN untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Nota : Nasihat kepada rakan rakan bloggers... Jangan terlebih makan kari! Nanti perut buncit, bulu banyak macam mawas!! Hati jadi hitam membusuk hingga ke usus.

2 comments:

  1. Teruk juga kalau pemimpin tertinggi UMNO yang cakap terbuka macam nie. Dah takde pentas yang sesuai ke? Kalau blogger yang hentam macam tu sedap juga.

    agbr47: Menepuk air di dulang, terpecik ke muka sendiri.

    ReplyDelete
  2. berani kerana benar.. kepada yg suka menghasut dan melobi tu perlu di tampar2 muka mereka supaya sedar sikit!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.