By: Bro Jinggo
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menundakan perbicaraan kes liwat II, Anwar Ibrahim. Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya disambung mulai hari ini telah ditangguhkan ke 2 Ogos ini kerana ketua peguamnya,Karpal Singh sedang cukit sakit.
Ia berikutan permohonan daripada peguam tertuduh berikutan peguam utama Anwar, - Karpah Singh diberi cuti sakit 15 hari akibat jangkitan paru-paru.
Macam macam helah dicari untuk menangguhkan kes perbicaraan liwat Anwar ni! Seharusnya seorang daripada peguamnya mesti meneruskan perbicaraan tersebut tanpa Karpal.
Persoalannya, kenapa mesti mencari alasan untuk menangguhkan perbicaraan? Jika benar Anwar tak bersalah kenapa perlu takut berdepan dengan makamah?
Perbicaraan kes liwat Anwar tidak sewajarnya dilengahkan kerana ianya sudah tertangguh sekian lama.
Lawan tetap lawan sudah tiada lagi kedengaran yang didengari... Yang kita ketahui sekarang ialah, tangguh tetap tangguh!
Anwar, 63 didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.