Pages
▼
Wednesday, July 14, 2010
Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru!
By: Bro Jinggo
Mungkin ada ramai yang akan bertepuk tangan apabila mendengar berita khairy tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan akan datang.
Walaupun belum muktamad lagi, tetapi Khairy memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, bukan kerana dia ingin meninggalkan politik, tetapi kerana ia percaya pada parti meremajakan dengan para pemimpin muda yang lain.
Hakikat sebenarnya Khairy adalah seorang pemimpin berjiwa besar! Jawatan bukan segala galanya, keutamaan parti lebih penting baginya.
Walaupun usianya masih muda, Khairy sebenarnya sudah lama berada didalam gelanggang Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Selama tiga penggal khairy berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Bermula dari exco pemuda kemudian memegang jawatan Naib ketua Pemuda dan kini sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Justeru itu, Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru! dan beliau akan berada dalam kapasiti yang tepat, baik bergantung pada apa yang ia mendapat sokongan dalam parti.
“Saya sudah memegang jawatan Exco Pemuda selama sepenggal, begitu juga sebagai Naib dan Ketua Pemuda. Kiranya dah tiga penggal saya berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Dalam politik ini dah kira lama jugalah,” katanya.
“Mungkin ada orang yang cakap dia( ada pihak) tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda UMNO. Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh mencari muka baru. Tetapi saya tidak mahu tinggalkan Pemuda kepada orang yagn sama taraf dengan saya. Falsafah saya, kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita.
“Sekarang saya dalam proses mencari dan memerhati. Itulah sebabnya saya memberi banyak ruang kepada Exco kerana saya mahu melihat sama ada mereka dapat memikul tanggungjawab itu atau tidak. Kalau saya sendiri nilai, agak sukar, tetapi sekiranya mereka menonjolkan diri, saya boleh mendapat maklum balas dari rakyat.
“Saya bajet dalam dua tahun ( untuk menilai) . Saya nak selesaikan beberapa perkara, antaranya meletakkan Pemuda di peringkat centrist (kelompok tengah), membantu konsep 1Malaysia diterima semua rakyat, menamatkan program Jelajah 1Malaysia dan menyusun barisan pengganti. Kalau saya dapat selesaikan keempat-empat misi ini, Alhamdulillah,” katanya.
Selagi Khairy meletakkan sasaran hala tuju yang betul dan selagi beliau berpegang teguh pada prinsip prinsip perjuangan, tiada apa pun yang boleh menghalang kemaraannya.
Memang benar namanya sedikit tercalar berikutan fitnah dan tomahan yang berterusan. Tetapi semua itu tidak menjadi kudis yang berkekalan parutnya.
Sejarah politik di Malaysia dan di mana mana telah membuktikan bahawa yang menjadi korban fitnah atau permainan kotor politik sering kali bangkit untuk menjadi lebih besar dan lebih hebat!
Yang penting individu berkenaan mempunyai iltizam yang kuat untuk melakukan kebangkitan itu!!! Insyallah...
elok le tu ....lagi cepat lagi bagus...tak faham faham ke???
ReplyDeleteKenapa komen guna nama Anon? takut ke?
ReplyDeletesaya ada pesanan dr seorang sahabat dr Facebook:
Foziah Kadari
salam semua,saya sebagai seorang penyokong BN/UMNO juga sokong KJ sebab dia berani cakap dan berani berdepan dengan pembangkang, tak kira di dalam parlimen atau diluar....sepatutnya UMNO kena ada senjata yang boleh digunakan untuk bedepan ketika berdebat, barulah semangat nak mendengar isu semasa dan arah tuju parti sebenar...kalau letak orang yang takut nak berdepan dan tak tahu nak bertindak atas dasar mempertahankan parti, mampuslah parti jadi hancur kerana pemimpinnya terlalu lemah dan mudah terikut2 (tidak tegas) dalam semua keadaan....
Walaupun belum muktamad lagi, tetapi Khairy memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, bukan kerana dia ingin meninggalkan politik, tetapi kerana ia percaya pada parti meremajakan dengan para pemimpin muda yang lain.
ReplyDeleteHakikat sebenarnya Khairy adalah seorang pemimpin berjiwa besar! Jawatan bukan segala galanya, keutamaan parti lebih penting baginya.
TQ BJ diatas penjelasan perkara yg sebenarnya.. All the best KJ
ok lh tu...dalam FAM pun dah kene tendang...Langsung xdpt pencalonan..haha...Dalam pemuda elok lh cpt2 berambus..Pak Dol kaki tido pun dah lama berambus..
ReplyDeleteParpukari hantar geng dia masuk sini bg komen bro muahahahahaha...
ReplyDeleteLetak jawatan salah! Jd KP pun salah! fening fening!!! busuk tol hati manusia ni!
ciri2 pemimpin yg kita mahu, bukan kepentingan diri sndiri @ individu tertentu ttp kepentingan utk semua dan UMNO sndiri....demi bangsa, agama dan negara....bravo KJ
ReplyDeleteaku nampak YB Khairy punya bakat sebagai pemimpin masa depan cuma masa belum ketikanya lagi mungkin...jadi harap beliau bersabarlah saja...klu pasal heboh dgn YB Datuk Paduka IA tu sebagai puncanya...jgn layan sgtlah..sebab tu perjuangan ada sedikit berbeza... Datuk Paduka IA pun sama pentingnya dalam perjuangan kaum Bumiputera terutamanya kaum Melayu..jd apa salahnya ambil sikap bertoleransi dalam hal ini...
ReplyDeleteKJ memperlihatkan kematangan berpolitik...sedih juga bila ada yg membuat mm2 krnyatan pedih ke atas KJ
ReplyDeletesegerakan turun.
ReplyDeletelepas tu lompat join pkr. situ tempat untuk pembelot dan orang berpemikiran macam khairy ini.
lagi baik. dia migrate dan nyah dari dunia melayu.
dia bukan melayu pun.
taktik markah kesian ...
ReplyDeletedah memang tak ada kepimpinan. naik pun pasal rasuah.
layaklah dia turun.
Salam sedaraku sekalian..
ReplyDeletepemimpin datang dan pergi.Umno akan tetap berdiri gagah.
Sayang,KJ salah seorang pemimpin muda yang berbakat.
Politik wang bukan dimulakan oleh KJ tapi oleh Anwar bangsat ketika celaka itu menentang arwah Tun Ghafar yang kita kasihi..
Berapa juta setiap ketua umno bahagian yang mendapat imbuhan ketika itu.Ketika itulah UMNO makin rosak.
Tapi alhamdulilah,kini tidaklah setruk tahun itu.
Pendirian saya tidak memihak mana-mana kem.
Kita pemuda haruslah bersikap setiakawan dan berani berubah..
Berilah peluang kepada KJ utk membuktikan dia antara salah seorang anak muda yang berjiwa rakyat.
Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya.wallahullam
Ibarat curve graph, bila dah sampai puncak next adalah garis menurun.
ReplyDeleteYang lain, jangan sedih-sedih. Dia tak kata sekarang. Dia perlukan masa untuk memilih penganti yang lebih baik. Keputusan belum muktamad. Itu sebab sekarang dia tak buat kerja sebagaimana rakyat hendak kerana beri peluang exco yang buat kerja kerana senang nak pilih.
agbr47: Saja nak test market.
*agbr47: Saja nak test market.
ReplyDeleteagbr47-> ko igt niaga kat pasar mlm ke?
Klu ada tangapan bhw Khairy hanya mencari populariti, jgn nafikan pula bahawa Khairy juga cukup prihatin terhadap pemuda!
ReplyDeleteUmno sepatut berbangga dgn Khairy kerana berani lantang bercakap atas yg hak. Menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan.
sya respect ngan saudara KJ.Pemimpin mcm nilah yg berani.....sy penyokong kuat sdr KJ.Saya harap manusia yg kat luar yg banyak hentam sdra tu lah yg sebenarnya penakut.
ReplyDeleteaku nak orang yang muda pimpin pemuda... bawah 40 tahun...from Ketua Pemuda Cawangan
ReplyDelete