Pages

Thursday, July 22, 2010

Malaysian Insider: Kalimullah tidak pernah dapat sebarang kontrak kerajaan seperti yang didakwa oleh JMM??

Wartawan veteran yang juga ahli perniagaan, Datuk Kalimullah Hassan hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dalam apa jua cara dengan pembentukan sebuah portal berita iaitu Malaysian Insider.

"Saya juga bukan seorang pengarah Efficient E Solutions di mana saya telah berhenti pada 21 Jun, 2006. Saya tidak pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang hidup saya dan bukan seorang pemegang saham dalam VPI International," katanya sebagai respons berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), sebuah badan bukan kerajaan, semalam.

JMM telah mendakwa bahawa penaja Malaysian Insider telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk menaja laman portal berkenaan yang kemudiannya banyak mengkritik kerajaan dan institusi raja-raja.

Dakwaan JMM itu berdasarkan Effeicient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International, yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kalimullah berkata, "Jika JMM mempunyai bukti atas salah laku itu, ia sepatutnya, sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi, mengemukakan bukti itu kepada pihak berkuasa, tanpa melengah-lengahkannya lagi."

Beliau juga berharap BERNAMA, sebagai sebuah agensi berita nasional, "di mana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini, akan bertindak secara profesional pada masa depan dan menentukan kesahihan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya."

3 comments:

  1. Kalimullah ini pembohong !!

    kontrak kerajaan oleh LHDN kepada VPI International tertera nama dia ..

    ReplyDelete
  2. Pembohongan Kalimullah sudah terserlah. Dia kini bersama Pakatan Rakyat. Pernah suatu masa meminta Pak Lah minta anggap Anwar sebagai bygone.

    Mana pendirian Bro_Jinggo? Kepada UMNO atau Khairy?

    ReplyDelete
  3. Kepada semua orang dia sekadar Kalimullah saja.
    Kepada Pak Lah dia adalah KALAM ALLAH.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.