Pages

Friday, July 9, 2010

Nik Aziz, Karpal siapa yang tak betul??

By: Bro Jinggo

Karpal Singh dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bertikam lidah lagi. Kali ini Nik Aziz menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta parti itu menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul. Ini kerana jelasnya, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.“Waktu belum kami masuk perikatan, kami dah bincang dah, dasar kami Islam. Oleh yang demikian, kami hormat pada DAP. Dan DAP hormat pada kami mula-mula kami nak buat pakatan dulu lagi, kenapa timbul balik perkara ini.

Dari sudut yang lain pula sebenarnya PAS telah banyak membuat apa yang dilaranganya dulu, dulu haram bergabung dengan orang kafir, kini bersekududukan dengan DAP. Sebelum memerintah nak jalan hukum Allah, bila dapat perintah PAS dok tak sebut lagi nak jalan hukum Allah!

Dari kenyataan Karpal Singh sudah cukup membuktikan DAP tidak pernah berubah dan beganjak dengan prinsip perjuangan mereka berbanding pemimpin PAS yang tidak konsisten sanggup menggugurkan Negara Islam semata-mata kemaruk untuk berkongsi kuasa dengan DAP.

Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Seterusnya sila baca Nik Aziz Buktikan Dirinya Wahabiy Apabila kata Umno Sesat !!!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.