Pages
▼
Monday, July 26, 2010
Pemuda Jangan Hanya 'Masuk Frame' Untuk Curi Perhatian - Khairy Jamaluddin
Dekatilah masyarakat dengan ikhlas, bukannya sekadar 'masuk frame' atau menonjolkan diri untuk mencuri perhatian, demikian ingatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kepada anggota pergerakan itu pada Ahad.
Beliau berkata, keikhlasan adalah lebih penting kerana sebagai pemimpin mereka tahu siapa yang membuat kerja dan siapa pula sebaliknya.
"Kita kena tunjuk bahawa Umno ini sentiasa dekat kepada rakyat. Sebab itu saya tegur Pemuda, sekiranya saya turun untuk membuat gotong-royong tak perlulah dikerumuni dengan rombongan... itu nampak macam kita sengaja nak masuk frame.
"Pemuda kena keluar daripada budaya nak masuk frame. Saya tahu siapa yang buat kerja. Jadi tak payahlah nak masuk frame kalau nak dinilai oleh saya sebagai Ketua Pemuda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program gotong royong dan kenduri rakyat anjuran Pemuda Umno Bahagian Kelana Jaya di Taman Desa Ria di sini.
Khairy berkata, budaya menonjolkan diri ketika menyertai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pemimpin perlu dihindarkan, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan pemimpin dan pegawai kerajaan agar menjauhi budaya ingin popular.
Beliau berkata, janganlah apabila hanya ketika pemimpin atasan turun ke bawah barulah seseorang itu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah melakukannya.
"Sebab itu saya sebagai Ketua Pemuda Umno menyahut saranan Perdana Menteri bahawa tak perlulah semua itu kerana tidak semestinya orang yang masuk dalam gambar itu orang yang buat kerja," katanya.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, dalam usaha menarik dan menambahkan sokongan generasi muda, pergerakan itu kini mula memperbanyakkan program yang melibatkan rakyat dan mengurangkan program-program berbentuk kepartian yang menjurus kepada penglibatan anggota Umno dan Barisan Nasional.
Beliau berkata, selain gotong-royong dan kenduri rakyat, pendekatan lain yang sedang dilakukan ialah program 'Jelajah One Malaysia' (JOM) yang membabitkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengecat rumah dan menaik taraf kediaman rakyat.
Katanya, progam pertama JOM adalah mengunjungi Temerloh, Pahang baru-baru ini dan akan diteruskan ke seluruh negara di mana setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 1,000 buah rumah untuk dinaik taraf seperti membina dapur dan tandas baru.
"Program ini akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang kerana yakin lebih berkesan daripada hanya berceramah kerana ia terus menyentuh hati rakyat dan pengundi,"katanya.
Khairy berkata, pergerakan itu juga mensasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 150,000 anggota Pemuda di seluruh negara sebagai pemilih menjelang akhir tahun ini.
Beliau turut menyeru semua parti komponen BN terutamanya MCA, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk sama-sama berusaha menambah keahlian baru dan menurutnya usaha itu penting kerana parti pembangkang terutamanya DAP begitu agresif menambah keahlian.
Katanya, setakat ini DAP telah berjaya mendaftar ahli baru sebanyak 55,000 orang berbanding Umno 53,000 dan jika dicampur pendaftaran daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jumlah pendaftaran keahlian baru pembangkang adalah sebanyak 100,000 orang.
Sumber: BERNAMA
Kerry macam gitu, yang lain ikut serta.
ReplyDeleteKerry pemalas dan sabo orang rajin, pemuda pun jadi pemalas.
Macam ini nak jadi pemimpin masa depan ... ptoooi.
Anon 9:17
ReplyDeleteHasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).
Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: gTakutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.h (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)
Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.
Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.
Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.
Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.