السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua dapat saya sekali lagi menyampaikan sepatah dua kata-kata aluan bagi Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian seluruh negara.
Anak-anak muda merupakan tunjang dan kekuatan di dalam rehlah pembangunan negara dan pembinaan ketamadunan bangsa sebagai dinyatakan oleh Ulama Islam terbilang, Imam Al Ghazali yang menyifatkan jatuh dan bangunnya masa depan sesebuah negara atau bangsa itu dapat dinilai melalui kualiti anak-anak mudanya pada masa kini. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi suatu tanggung jawab kita sebagai ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang bertaat setia bagi berkhidmat untuk rakyat demi agama, bangsa dan tanah air untuk mengisi tuntutan dan menyahut cabaran kepimpinan zaman dengan menunai dan melaksanakan amanah yang dipikul dengan bijaksana, iltizam dan istiqamah.
Di atas landasan ini, saya menyeru seluruh ahli untuk kita semua bersama dan bersatu hati menyokong, menghayati dan menzahirkan kelapan-lapan nilai gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dan juga Presiden parti kita, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, ini iaitu berpengetahuan, intergriti, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, dan juga meritokrasi.
Tidak dapat dinafikan bahawa konsep 1Malaysia ini telah mendapat sambutan yang positif daripada rakyat dan ini terbukti dengan meningkatnya tahap sokongan dan kepuasan hati rakyat yang diterima oleh YAB Perdana Menteri, daripada 69 peratus pada April 2010 ke 72 peratus dalam bulan Mei lalu. Namun begitu, dalam pada kita memperakui peningkatan prestasi ini, jangan sesekali kita leka dan berlengah di dalam usaha dan gerak kerja kita bagi memenuhi misi memenangi undi segmen generasi muda pada pilihanraya ke 13 kelak.
Insya Allah, dengan berkat kesungguhan dan kerja keras kita bersama disamping kesinambungan inisiatif-inisiatif penambahbaikan sistem pentadbiran, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita akan dapat terus mempastikan bahawa negara kita akan terus aman dan makmur di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
Akhirul kalam, saya memanjatkan tangan mendoakan agar perjalanan semua Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian kali ini akan sempurna dan berjaya. Tidak lupa juga, sekalung ucapan syabas dan terima kasih kepada semua di atas segala usaha yang telah disumbangkan bagi menjayakan perjalanan dan urusan mesyuarat kita kali ini.
Salam Perjuangan dan Selamat Bersidang
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

sori bang..kami anti kj
ReplyDeletehahaha ... say no more words...peoples dont respect you anymore double agent
ReplyDeletedia ni lah yang jadi liabiliti kepada UMNO. Pemilihan calon ketua pemuda MCA akan datang kita calonkan mamat nie.. Kalau nak tahu dia nie.. telah masuk dalam
ReplyDeletemalaysia Book Of Record sebagai ketua Pemuda Umno yang paling lembek dan Dayus
sori bang,nak nampak Islamik pun janganlah main-main dengan buat ucapan yang diri sendiri tak fasih.Selawat pun kepada Nabi SAW je.Mana dia selawat atas keluarga dan sahabat Nabi SAW? Berhati-hati...jangan terlalu bermain dengan kata-kata yang terucap sedangkan diri sendiri tak fasih, walaupun ada jawatan dan tanggungjawab pada negara.
ReplyDeleteSaya ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak sbg Ketua Umno Malaysia. Semangat inilah yg perlu ada pada pemuda zaman kini!! KJ anda bukan seorang yg Penakut andalah aikon pemuda pada masa kini!! Hidup Umno!! Hidup Umno!! Hidup Umno!!!
ReplyDelete