Oleh: Bro Jinggo
Rakyat yang bersikap celik akal sudah tahu bagaimana cara Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpolitik. Malahan rakyat sebenarnya sudah bosan akibat khayal dan terbang di alam fantasi awang-awangan indah yang sekadar memperolehi janji-janji kosong.
PKR Ranting Permatang Tinggi dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno pada Ahad. Ini membuktikan PKR semakin di tolak rakyat.
Timbalan Ketuanya Ismail Md Ali berkata keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.
"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya.
Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.
Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai Umno.
Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat.
Menyokong PKR sama juga seperti menyokong DAP!! JOM PKR = JOM Pakat Keluar Ramai2....
bukan prmtg pasir tetapi prmtg tinggi ...dlm DUN Machang Bubuk .
ReplyDeleteT.kasih diatas pembetulan sahabat....
ReplyDeleteKetua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan melihat pembubaran Ranting Jalan Permatang Tinggi di sini sebagai bukti jelas wujudnya kepincangan yang berlaku dan kegagalan mereka membela rakyat.
ReplyDeleteKatanya, tindakan seramai 56 ahli PKR tersebut membawa pengertian jelas bahawa para pemimpin parti tersebut hanya bijak bermain kata dan tahu menabur janji-janji kosong tetapi gagal menunaikannya.
“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kita sedia maklum bagaimana tingkah PKR dan pemimpin dalam pakatan pembangkang yang hanya pandai beretorik dan menggunakan pentas politik untuk kepentingan mereka,” katanya kepada umno-online.
Jelasnya, jika rakyat di peringkat akar umbi, iaitu kawasan yang dikatakan sebagai ‘kubu kuat’ kepada PKR sendiri diabaikan, bagaimana pula dengan masyarakat keseluruhannya.
“Nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan ini diabaikan dan tidak pernah mendapat pembelaan apatah lagi untuk meninjau hal-hal berkaitan kebajikan mereka.” katanya lagi.
“PKR hanya pandai berjanji tetapi tidak tahu melaksanakannya. Isu yang dimainkan PKR hanya untuk kepentingan pemimpinnya sahaja dan bukan untuk rakyat keseluruhan,” ujarnya.
Dilaporkansepanjang dua tahun pentadbiran pakatan pembangkang di sini kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Tan Hock Leong tidak pernah kelihatan.
“Kita dah bosan dengan kelakuan pemimpin PKR dan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang lebih banyak menimbulkan pertelingkahan dan menyusahkan penduduk iaitu bertentangan daripada apa yang kita harapkan,” tegasnya lagi.
Tambah Norman, pelbagai isu berkaitan penduduk tempatan gagal dirungkai oleh para pemimpin PKR sebaliknya mereka hanya tahu memanipulasi fakta dan mewujudkan pelbagai propaganda.
“Cukuplah apa yang sudah mereka lakukan kerana rakyat tidak mahu terus menjadi alat politik mereka,” katanya yang turut mengalu-alukan penyertaan bekas Ranting Jalan Permatang Tinggi untuk menyertai UMNO