Pages

Saturday, July 17, 2010

"Skuad Tindakan Khas" Pemuda UMNO Pantau Isu Pasir Selangor

Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh

SHAH ALAM 16 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menubuhkan Skuad Tindakan Khas bagi menangani isu melombong pasir secara haram di Selangor dan memantau keberkesanan serta kesungguhan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shohaimi Shahadan.


Skuad itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal dan juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustapa.

Shohaimi berkata, Pemuda UMNO memandang serius gejala melombong pasir secara haram dan mengingatkan kerajaan pakatan pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya rakus merompak segala harta kekayaan dalam negeri Selangor.

“Apa yang berlaku pada hari ini ini adalah satu pemberontakan rakyat Selangor. Kami yakin wujud ‘hanky panky’.

“Banyak perkara yang tidak betul semenjak kerajaan negeri di bawah PKR, Khalid Ibrahim ini. Selangor kini jadi kucar-kacir, janji tidak tertunai dan paling teruk kerja-kerja mencuri pasir nampak dirancang dengan begitu rapi,'' katanya.

Beliau berkata, Pemuda UMNO mahu kerajaan Selangor menghentikan segala kepincangan ini, khususnya kes kecurian pasir kerana nampaknya Selangor makin parah.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang berkata, apa yang diperjuangkan UMNO sekarang ini, bukannya isu UMNO sebaliknya ia berkisar kepada masa depan rakyat, berkaitan pencemaran, kerana Pemuda tidak mahu Selangor menjadi negeri lombong, negeri pasir dan negeri yang berlobang-lobang.

"Pemuda UMNO Selangor memberikan masa seminggu kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu pasir sebelum kebangkitan gelombang kedua Pemuda UMNO. Kami mendesak isu ini diselesaikan segera.

“Ini tanda kebangkitan rakyat. Pemuda sangat kecewa. Banyak janji-janji kosong belum ditunaikan, khususnya bab pasir ini. Kita minta SPRM masuk untuk buat siasatan, Kes kecurian pasir ini memang kita tegas, semenjak zaman pentadbiran BN di Selangor lagi dulu.

"Nampakanya kes kecurian pasir ini dibiarkan berleluasa, malah mereka nak salahkan Kerajaan Pusat. Ini satu tindakan yang tidak betul.”

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim berkata kelemahan dan ketidak mampuan kerajaan negeri dalam mengurus tadbir negeri, khususnya dalam isu perlombongan pasir Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

“Kerajaan negeri tidak berani berhadapan dengan apa yang dinamakan sebagai `kebangkitan’ Pemuda UMNO Selangor, selain menunjukkan kelemahan apabila mereka tidak berani menurunkan pegawai atau wakil untuk menerima memorandum yang nak disampaikan kami.

KKSB yang kita diibaratkan sebagai `Korek Selangor Sampai Berlubang’ adalah bukti kelemahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini tunjukkan kepada rakyat dengan jelas dan nyata kelemahan mereka dalam mengurus tadbir kerajaan Negeri”.

Sehubungan dengan itu, Mahmud meminta kerjasama dan sokongan sahabat-sahabat Pemuda UMNO Selangor untuk terus menggerakkan jentera bagi mendedahkan kepincangan dan kelemahan kerana negeri bagi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Selangor pada masa hadapan.

Sumber: http://www.pemudaumno.org.my

1 comment:

  1. Lambatnya baru nak respond. Kalau blogger menulis dah habis beberapa kali dakwat. Kalau aku kata nak test market, kau orang marah. Peniaga pasar malam pun ada di tapak niaga sebelum waktu niaga. Jangan buka gerai setelah pelanggan nak balek. Selepas isu di debat di dewan rakyat dan negara, baru berani muncul. Ini bermakna pemuda berada di barisan belakang bukan hadapan.
    Cuba lihat pembangkang. Tak kira isu itu betul atau salah, mereka dah berani kehadapan. Aku tak suruh Pemuda bepiket secara haram, berguling-guling di jalan raya atau berkumpul secara besar-besaran. Malahan 10 orang pun dah cukup.
    Pemantauan (monitoring) perlukan ada statistic. Baru tahu ada turun naik dan keberkesanan tindakkan. Setakat tenggok-tenggok dengan penuh prasangka hanya menjatuhkan kewibawaan sahaja. Penubhan skuad tidak perlu. Bunyi macam ganster. Tubuhkan jawatankuasa bertindak lebih baik bunyi dia.

    Nak buat bantahan bukan besar sangat perbelanjaannya. Bendera, tiang bendera, uniform memang telah ada dalam stor. Yang tidak ada semangat berjuang.

    Apa-apa pun aku ucap syabas dan tahniah.

    agbr47: Pidato Sukarno, "Berikan daku seribu orang malahan seratus orang tua. Nescaya akan aku amankan dunia ini. Tetapi Berikan daku sepuluh malah satu orang muda berjiwa waja. Nescaya akan aku goncangkan dunia ini"

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.