By : Mozi
Salam semua, semalam saya ada melihat siaran langsung bersama Tun Dr Mahathir Mohamad tentang forum Ekonomi Malaysia ke-10. Saya mendengar komen komen Tun tentang DEB, MEB dan yang terbaru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Tun, juga ada menyentuh tentang kelemahan kepimpinan Bekas Perdana Menteri, Pak Lah yang dikatakan lemah serta hanya mahu mengkayakan kaum keluarganya.
Beliau juga menceritakan betapa beliau ada banyak idea jika beliau masih lagi menjadi PM. Saya menghormati pandangan Tun sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara. Tun juga telah membawa Malaysia ke persada dunia.
Tetapi saya rasa beberapa perkara tentang memperkasakan bumiputra dari kacamata Tun, sama sekali tidak membantu meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputra.
Saya bukan ahli ekonomi atau cerdik pandai, tapi terus terang saya tidak berminat, pada saya bumiputra tidak akan maju dan akan belajar jika hanya tahu mendapatkan projek dari pihak kerajaan.
Jika ditanya, apakah dengan memberi saham di dalam syarikat syarikat besar kepada bumiputra mampu meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputra? Bagaimanakah bumiputra mahu menguasai ekonomi dari pihak kerajaan, jika tiada budaya berniaga dikalangan mereka serta setiap perniagaan yang dijalankan tiada wujud rantaian di antara peniaga bumiputra yang lain?
Cukupkah kejayaan di ukur dengan hanya melibatkan situasi menang pada satu pihak.. Bumiputra hanya akan berjaya menguasai ekonomi sebagaimana bukan bumi jika menjadikan perniagaan sebagai satu budaya sesama mereka, mewujudkan rantaian perniagaan pada setiap satu perniagaan.. menguasai perniagaan runcit.
Bumiputra semakin manja dan tahu hanya nak meminta minta. Jika ikut peratusan yang Tun M berikan bumi ada 60%, tapi berapa peratuskah yang terlibat dalam perniagaan secara runcit... yang dapat job dari kerajaan pula berapa ramaikah yang mewujudkan rantaian untuk membantu peniaga bumi yang lain...
Perniagaan harus dibudayakan dalam masyarakat bumi, jika ramai bumi yang berniaga maka semakin banyaklah peluang pekerjaan akan terbuka dan tak payah kerajaan pening hendak memikirkan tentang ke mana nak letakkan bumiputra ini bekerja!
Khazanah diwujudkan hanya sebagai satu tempelan menunjukkan pegangan saham orang melayu dan bumi ini adalah salah satu peningkatan penguasaan ekonomi Bumiputra. Jika inilah caranya, bumiputra tidak akan maju dan mahu berusaha.
Melayu hanya suka bekerja dengan majikan terutama kerajaan kerana adanya jaminan.
Meminjam kata kata Dr David Teoh penerbit filem terkenal, "Bintang bukan dilahirkan, tetapi dicipta". Perniagaan atau kebolehan berniaga bukan berasal dari keturunan atau kemahiran semulajadi tapi atas kemahuan, disiplin serta kerja keras.
Yang asyik kata tak boleh sebenanya tak percaya serta tidak mahu berusaha dan Tun, telah menjadikan sebahagian besar orang bumiputra berebut rebut kepada ekonomi yang datang daripada kerajaan, sedangkan diluar terlalu banyak pasaran yag boleh diterokai.
Saya tak pasti jika ada di kalangan pembaca yang setuju atau tidak dengan pandangan saya.. Saya cuma minta jika ada sebarang pandangan, boleh kemukakan. Harap semua boleh komen.

Untuk meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputra bukan hanya dengan cara dgn memberi saham kepada syarrikat2 besar. Bagi saya, perlu di buat secara total maksudnya dengan memberi ilmu, pendidikan mengenai perniagaan dan menyediakan kemudahan dan bantuan dan sampai satu tahap memberi mereka peuang berdikari untuk meneruskan hasil perniagaan. Kerajaan perlu memainkan peranan yg besar bukan hanya dengan memberi bantuan secara melulu tetapi secara geran atau apa saja cara yg mana pada satu ketika mereka tidak lagi boleh menyalahkan kerajaan jika mereka tidak berjaya.
ReplyDeleteNice Try Bro... Keep up the good work, keep writing..
ReplyDeleteerm...
ReplyDeleteanak manusia juga tidak dilahirkan dan terus berjalan, dorongan dan bantuan ibu bapa juga latihan yang membolehkan anak itu berjalan dan berlari..
Dah lama melayu perlu sedar bahawa bantuan dan keistimewaan yang diberikan selama ini adalah hanya platform untuk belajar berjalan. gunakan keistimewaan itu untuk belajar berjalan sendiri. Tetapi sedih melayu masih juga lalai. bantuan yang diberikan disia siakan dan dijualkan kepada orang dan bangsa lain untuk mendapatkan wang atau kemewahan dangan jalan mudah.
orang melayu terlalu manja dan dibantu sehingga lemah dan tidak mampu untuk bersusah payah..
sedihnya melayu ini...
Betul tu sepatutnya selama 50thn pemerintahan kerajaan UMNO/BN...melayu terlalu dimanjakan..pemikiran mereka bekerja kerjaan/swasta...atau mengambil peluang perniagaan yg disediakan kerajaan...badan kerajaan yg membantu usahawan pun kebanyakan mcm melepas batuk ditangga...sepatutnya..lepas 50th kita dah mempunyai rakaian perniagaan yg kuat dan mampu bersaing dgn org luar..ape bila kita leka bangsa asing yg mengambil alih..anak muda kita sekarang leka dgn gejala sosial kerana budaya kerja keras sudah hilang...akibat hidup terlalu mudah...sedangkan bumi malaysia luas..rezeki dalam prniagaan pun luas..tak salah berniaga..secara kecil2an..lambat laun boleh menjadi besar..yg peting sabar..jd budaya perniagaan sabagai cabaran dalam hidup...seperti kata TUN...melayu melihat duit sebagi..barang petukaran bukan sebagai modal menambah duit...jd budaya...perniagaan harus dihidupkan...displin...dalam pernigaan harus diterapkan...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteApa yg Tun M katakan smlm adalah pendapat beliau dan bagi saya ada kebenaran pendapat Tun M. Kita ni asyik nak bantah dan berbeza pendapat dan banyak buang masa hanya kerana tak sama fikiran. Pendapat2 Tun M perlu diteliti dan dikaji oleh pihak2 terbabit. Bekas PM Pak Lah memang lemah dan pentadbiran beliau sgt flip-flop dan tidak tegas. Di Sabah, kaum bumiputera ketinggalan jauh dr banyak segi dan memerlukan bantuan dan tongkat. Jgnlah kata kaum bumiputera di Sabah malas, tidak berusaha, tidak mengambil peluang, tidak berinisiatif, itu tidak benar dan merupakan tuduhan tanpa periksa. Kami di sini sukar mendapat tempat, modal, dokongan, dsb seperti kaum cina yg mempunyai banyak sumber kewangan. Kami perlu di bantu, org melayu perlu dibantu.... Kita kalau nak menyatukan melayu, kena independent la, jgn nak ambil perbezaannya saja,,,,cubalah fikirkan titik persamaan kita...
Apa-apa pun, saya tak sokong yg bernama Khairy Jamaludin ni...
Bila dia nak letak jawatan dlm UMNO,,,aku tunggu dia letak jawatan barulah saya daftar pemuda UMNO,,,
kalau tak PRU 13 saya tak undi sapa2...................,,
Kalau msh nkkn kuasa why berhenti? Selagi ada nyawa memerintahla mcm samy vello tu. TDM merendahkan kemampuan PM sikit demi sikit
ReplyDeleteSebelum pemilihan lalu, nama Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan pelbagai perkara yang sengaja ditimbulkan di mana-mana. Hinggakan kalau ada kopi tumpah di kedai kopi pun ada orang akan berkata, “ini KJ punya kerja la ni.”
ReplyDeleteKetika terperangkap dalam kesesakan jalan raya, ada orang kata, “......menantu Pak Lah punya pasal la ni yang kita terperangkap. “
Begitu buruklah persepsi di kedai kopi, di jalan raya hinggalah ke peringkat tertinggi pemimpin kita walaupun Khairy terus merintis jalan kemenangan menjadi Ahli Parlimen Rembau dan seterusnya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang sekali gus menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional hari ini.
Anon 8:07, klu x mau daftar pemuda UMNO, x pe la.. ramai lg anak2 yg menyokong kepimpinan YB KJ!