By: Bro Jinggo
Hasrat UMNO untuk membincangkan kedudukan orang Melayu dan Islam bukanlah dibuat berdasarkan pertimbangan politik tetapi satu perjuangan konsisten parti itu sejak dari dulu. Perjuangan UMNO tidak pernah berubah kerana sentiasa bersedia dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan agenda yang lebih luas khususnya demi agama, bangsa dan negara.
Umno tidak terdesak. Hasrat umno untuk membincangkan kedudukan orang Melayu, kedudukan Islam tidak bersandarkan pertimbangan politik. Malahan isu yang sebenar adalah sampai bila kedudukan agama Islam dan masa depan orang Melayu menjadi pertaruhan hanya kerana persengketaan politik yang berpanjangan.
Janganlah sampai disebabkan politik agama kita tergadai, masa depan orang Melayu terjejas. UMNO tidak pernah menolak perpaduan orang Melayu malah sudah terbukti sejak zaman Datuk Onn lagi.
Perjuangan Umno terbukti konsisten sejak dari dulu. Umno tak tergamak untuk menggadai maruah bangsa, agama dan negara semata-mata untuk raih sokongan politik dan kejar jawatan.
Kenyataan Nik Aziz Tidak Konsisten, Sudah Diduga – Shafie
Keengganan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang dengan UMNO ke arah permuafakatan orang Melayu sememangnya sudah diduga, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Bagi beliau, perkara tersebut menjelaskan tentang sikap pemimpin itu yang tidak pernah konsisten dalam kata-katanya termasuk dalam perjuangan partinya.
“Kita sudah kenal Pas khususnya Nik Aziz, bila pihak lain kata nak runding, beliau kata tak boleh bincang, sekejap boleh bincang, sekejap tidak. Jadi kalau lihat tidak ada konsistensi dari segi perjuangan dan hala tuju parti ini,”katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Dewan Budaya Simpang Pertang di sini hari ini.
Mohd. Shafie mengulas kenyataan Nik Aziz hari ini yang bersetuju berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan di antara Pas dan UMNO.
Sebaliknya Nik Aziz mahu pertemuan tersebut memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak kepada negeri itu.
Mohd. Shafie pada masa sama menafikan bahawa UMNO terdesak untuk bersatu dengan Pas, sebaliknya menekankan bahawa perbincangan tersebut ke arah penyatuan bangsa.
”Tidak bererti apabila kita berkata ada cadangan untuk penyatuan UMNO-Pas bermakna ada kelemahan dalam UMNO, cuma memikirkan betapa perlunya penyatuan agama itu yang ingin kita daulatkan,” jelasnya.
Pilihan raya nanti bila BN dapat 2/3 majoriti kita tengok nasib tong najis dan menantu serta kroninya
ReplyDelete