Pages

Saturday, January 30, 2010

Kronologi sebenar apa yang berlaku dalam mesyuarat pemuda UMNO.


1) Ada tangan yang cuba mengeruhkan keadaan dalam Pemuda UMNO dan ada tangan yang masih mahu berpolitik dan mahukan jawatan KPUM kerana merasakan bahawa mereka lebih hebat dari KJ dan keranan mereka berkedudukan tinggi dan layak untuk mengantikan KJ, Siapa kita sama sama lah fikirkan, Individu2 terlibat telah diberi 'lampu hijau' oleh 'kuasa-kuasa tertentu' untuk menentang KJ secara terbuka; menggunakan apa sahaja alasan.Mererka masih mahu berpolitik sedangkan inilah masanya untuk pemuda menentukan kekuatan dan berkerja untuk menaikkan imej parti. Mereka lebih meminati jawatan Ketua Pemuda UMNO.Hishamuddin Yassin mempunyai rekod dan juga pemikiran yang tidak stabil diambil kesempatan oleh individu tertentu untuk diperkudakan.

Hanya Yeop seorang yang mencadang isu meletak jawatan. Kalau ada pun yang tidak mempertahan kan KJ selepas itu, mereka tak menyambut cadangan Yeop secara terbuka.

Ini kemungkinan adalah kerana ada EXCO Pemuda seperti Hishamuddin yang masih berfikiran di takuk lama dan juga individu di belakang beliau juga berfikiran di takuk lama tidak dapat memahami Visi dan pembaharuan yang dibawa oleh Khairy Jamaluddin yang kita boleh sifatkan sebagai pertelagahan Visi. Visi KJ yang berani dan mahu melakukan pembaharuan berdasarkan lanskap politiik VS Visi Lama lapuk dan mudah yang diperjuangkan Exco nya.Mereka sebenarnya tidak faham dan tidak faham dan mampu menerima perubahan sebegini.


Kronologi apa sebenarnya berlaku.

1) Kourum cukup kecuali 2 orang tak hadir - salah satunya Ustaz Syahrin yang tak pernah hadir pun mesyuarat Exco.

2) 6 ahli exco bersuara. Enam ini bersuara risau akan politik progresif yang dibawa oleh KJ. Mereka tidak selesa dengan pembaharuan yang dibawa.

Contohnya,

Datuk Khairun mahu Pemuda UMNO mempertahankan ISA tanpa sebarang penggubalan atau perubahan dalam akta itu sendiri seperti yang mahu dilakukan Kerajaan. Khairun mahu ISA kekal seperti sedia ada.

Semua perbincangan ini berlaku tenang. KJ mempertahankan visinya, dan ada beberapa exco yang menyokong. Mesyuarat juga berbahas mengenai baik buruk pendekatan baru Pemuda UMNO di bawah pimpinan KJ.

Ada yang hanya mahu Khairy pertahankan Melayu dan ada yang tidak mahu Khairy menukar cara pemikiran Pemuda .

Hishamuddin (Yeop) tiba-tiba bersuara menyebut agar jika Ketua Pemuda tak perform, elok letak jawatan dan biarkan Naib Ketua Pemuda memangku. Yeop mengungkit tiada penyatuan Pemuda di bawah KJ, memberi contoh negeri Perak dan Selangor (walhal hanya 2 negeri ini sahaja yang benar2 bermasalah; itupun Selangor dijangka pulih tak lama lagi)
YEOP SEORANG SAHAJA YANG MENCADANGKAN PELETAKAN JAWATAN. INI FAKTA. TIADA EXCO LAIN YANG MENYAMBUT.

Beberapa Exco terus menyampuk memberi sokongan kepada KJ, dan berkata bahawa kalaupun tidak selesa dengan visi dan misi yang dibawa oleh KJ, mereka tidak akan tergamak meminta peletakan jawatan KJ. Exco kedua Syafiqurrahman dilihat begitu cemas kerana risau impak mesyuarat semakin panas. Exco 'jam' dan keliru dengan tindakan Yeop.

Yeop, menyedari tiada sambutan, menarik handbrek, dan menukar kenyataan berkata, bukan mahu spesifik kepada sesiapa, tetapi mana-mana seluruh pimpinan Exco yang tidak perform harus letak jawatan.

Adalah tidak adil bagi Hishamudin mahu mengambil alasan tidak dapat bertemu dan membuat kunjungan hormat untuk bertemu PM sebagai alasan meinta Khairy meletakan jawatan kerana perkara ini masih dalam proses pejabat Perdana Menteri.

Akhir sekali, semua menamatkan mesyuarat dengan gelak ketawa (nervous laugh).

@ 'Guruh dan halilintar ‘ di mesyuarat Exco Pemuda UMNO…


@Apakah MYKMU kena Hijack

Thursday, January 28, 2010

KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Hari ini menyaksikan satu lakaran sejarah di mana keseluruhan pimpinan sayap-sayap pemuda bagi parti-parti politik di dalam Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat bersepakat untuk mengeluarkan satu kenyatan bersama bagi mengutuk insiden-insiden serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Saya (Khairy Jamaluddin) selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mengucapkan syabas dan terima kasih di atas persefahaman dan persetujuan yang dimeterai oleh semua pihak yang telah menampakkan kematangan politik di kalangan pemimpin-pemimpin generasi muda masa kini dengan meletakkan perpaduan negara mendahului perbezaan fahaman politik.





www.rembau.net.my

= = = = =

KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat. Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato’ Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.

Sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan. Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan.

Kami sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa. Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara.

Pemuda Barisan Nasional
Pemuda UMNO
Pemuda MCA
Pemuda MIC Youth
Pemuda PPP
Pemuda PBB
Pemuda SUPP
Pemuda SPDP
Pemuda PRS
Pemuda PBS
Pemuda UPKO

Pemuda PBRS
Pemuda LDP

Pemuda Pakatan Rakyat
Angkatan Muda Keadilan
Democratic Action Party Socialist
Pemuda Gerakan Dewan Pemuda PAS

Pemuda BN Mengutuk dan Mengecam Sekeras - Kerasnya Tindakan Provokasi Kepala Babi

Petaling Jaya -- Pemuda Barisan Nasional (BN) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang meletakkan kepala babi di perkarangan dua masjid, Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron, awal pagi hari ini.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin, berkata pesalah laku terbabit amat tidak sensitif, buruk dari segi budaya dan tidak bermoral dari segi agama Islam termasuk agama-agama lain.
Menurut beliau pencerobohan di masjid hari ini adalah kesinambungan daripada sentimen serangan ke atas rumah ibadat sebelum ini seperti serangan ke atas surau, gereja dan rumah ibadat sikh.

"Kami Pemuda BN menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya golongan muda supaya bertenang dan biarlah pihak berkuasa meneruskan siasatan. Ini merupakan tanggungjawab kita semua rakyat Malaysia, tidak kira parti politik perlu bersatu untuk mengecam apa yang berlaku hari ini.

"Jangan ada mana-mana pihak yang mempolitikkan isu ini, yang menyalahkan mana-mana pihak, yang membuat macam-macam andaian bahawa kumpulan ini yang bertanggungjawab dan sebagainya.

"Sebab kalau kita buat andaian maka tersebar bermacam khabar angin dan apabila tersebar khabar angin tentang isu sensitif seperti ini, ia boleh merebak kepada suatu yang tidak diingini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas meninjau dua buah masjid di Petaling Jaya yang menjadi sasaran awal pagi tadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan kepala babi di perkarangan masjid.

Turut hadir, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan serta pimpinan Pemuda BN dan Pemuda UMNO setempat yang lain.


Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mengingatkan semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

"Jadi saya betul-betul merayu kepada semua untuk bertenang, memang kita memahami bahawa perasaan marah itu cukup meluas di kalangan umat Islam, sama seperti serangan yang berlaku ke atas gereja baru-baru ini.

"Tetapi saya harap kita semua dapat bertenang dan bertindak secara rasional dan matang sebab saya tidak mahu insiden ini, sikap segelintir ini akan merosakkan perpaduan negara dan memporak-porandakan negara kita," ujarnya.

Beliau seterusnya melahirkan kebimbangan dengan perkara itu kerana di Kampung Medan pernah tercetus peristiwa hitam pada awal alaf 2000.


"Kita tahu di Kampung Medan ini ada sedikit sejarah hitam dulu, jadi saya bersama dengan pemimpin Pemuda BN pelbagai peringkat telah minta Pemuda mainkan peranan untuk jelaskan isu ini kepada golongan muda.

"Kita tidak mahu merebak, kita tidak mahu kejadian ini dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk mencetuskan ketegangan dengan apa-apa tindakan. Itu kebimbangan saya dan kebimbangan utama saya apa berlaku selepas ini.

"Hari ini jangan kita fikir pasal politik, kita fikir pasal negara kita fikir pasal apa yang boleh kita buat untuk sama-sama tenangkan keadaan. Biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya.