Selepas gagal mencabar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdebat isu ‘100 Hari Pakatan Rakyat’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula meroyan dengan tampil mengemukakan cadangan mahu berdebat mengenai isu perbadi dengan Perdana Menteri.
“Ketika kita lancarkan buku Jingga, dia kata ini tidak bertanggungjawab. Jadi saya ajak dia berdebat. Saya cabar dia debat isu ekonomi tapi dia jawab soal peribadi. Dia nak cabar saya, saya tidak ada masalah.
“Saya tak mahu debat soal peribadi tapi kalau dia minta juga debat soal peribadi, ok saya terima,” katanya ketika berucap pada ceramah di Taman Gunung Emas pada malam Sabtu.
Sebelum ini, Najib dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.
Malah Selasa lalu Najib sekali lagi menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu ‘demam’ jika dibongkarkan ketika berdebat.
Perdana Menteri berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.
Mengulas lanjut mengenai cadangan debat isu peribadinya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak masalah sekiranya debat isu peribadi itu akan mengaibkannya.
Bagaimanapun, Anwar berkata sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab beliau tidak mahu meneruskan debat isu peribadi kerana soal ekonomi adalah perkara utama demi memastikan kesejahteraan rakyat.- Politik Harian
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.