Pages

Thursday, March 3, 2011

Pas Terdesak Fitnah BN Di Kerdau – Khairy


TEMERLOH – Pergerakan Pemuda UMNO berharap Pas tidak meneruskan kempen terdesak mereka dengan terus memfinah Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pas melakukan banyak pembohongan dengan cuba menipu rakyat dan ini merupakan modal mereka setiap kali pilihan raya.

“Dulu mengatakan BN bawa pengundi hantu, ini pula petugas hantu tiada modal lain, hanya untuk memfitnah sahaja kerja mereka.

“Jika benar tunjuk bukti jangan buat tuduhan sebarangan sahaja jangan perbodohkan rakyat kata BN main kotor, kata ada jentara hantu untuk ganggu gugat jentera mereka. Kalau benar tunjukkan bukti jangan buat tuduhan tidak berasas,” katanya dalam siri lawatan kerja di DUN Kerdau.

Khairy berkata, semasa PRK seharusnya kita menjalankan kempen yang sihat, bukan memfitnah sesama kita.

Menurutnya, jangan cuba mempengaruhi pengundi dengan pembohongan, apa yang dilihat mereka ini terdesak.

Katanya, mereka tahu sambutan terhadap calon Pas amat kurang, oleh itu mereka melakukan apa sahaja bagi menunjukkan BN ini jahat dan main kotor.

“Perkara sebegini turut berlaku di Merlimau dan mereka tubuh skuad peninjau yang dikatakan bagi memantau pasukan BN, pada hakikatnya mereka terdesak.

“Tanpa bukti kita tak boleh terima saya harap Pas tidak terus dengan kempen terdesak mereka memfinah BN,” katanya.

Terdahulu, Pas mendakwa terdapat 200 petugas ‘hantu’ yang ditugaskan mencuri maklumat berhubung pergerakkan dan strategi Pas bagi diserahkan pada pihak lawan.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya percaya petugas tersebut datang dari pihak BN. -http://politikharian.com

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.