Pages

Monday, June 27, 2011

KJ terima ugutan bunuh

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menerima ugutan bunuh yang dituju kepada ahli pergerakan itu berhubung penyertaan mereka dalam satu perhimpunan yang dijadualkan serentak dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada awal pagi tadi melalui satu nombor yang tidak dikenalinya.

''SMS tersebut antara lain mengandungi kata-kata kesat dan mengugut untuk menyembelih setiap ahli Pemuda UMNO yang menyertai perhimpunan pada hari sama dengan dengan perhimpunan Bersih.


''Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima sms yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas untuk menyertai misi kemanusiaan antarabangsa 'Freedom Flotila II' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Menyentuh perhimpunan anjuran Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perhimpunan Patriot, Khairy berkata, pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya.

1 comment:

  1. ahahhahhahahahaha..............woi BERUK Jinggo sial, kahkahkah.....Karpal Singh kena ugut dgn 2 biji perluru pon masih ok lagi, boss ko 2 BACUL dan penGECUTlahhhhhhhhhh,ahahahhahahahaahahah, cakap BERANI, rupa2 nya kecut sampai tarak Teloqqqqqqq, wakakakakaka............

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.