Pages

Sunday, July 17, 2011

BERSIH 2.0: Saya Nak Tumbuk Anwar - Kamariya

Kamariya Rejab menunjukkan kad kahwin anak tunggalnya 
dan laporan polis terhadap perhimpunan haram Bersih 
di Kuala Lumpur, semalam.

Sape tak bengang? Kalau orang lain berada di tempat kak kamariya ni bukan setakat tumbuk lagi... pijak pijakkan saja si Nuar ni! Apa pun tak boleh! Apa pun tak boleh! Dibawah luahan Kak Kamariya...

"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.
"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

9 comments:

  1. Yang keteghaq hina Agong sebenarnya siAmbiga.

    Pi taghiq rambut dia sampai botak,

    Hantar tuntutan serta gantirugi kat dia, saman RM100juta..

    Mudah2an berjaya..

    ReplyDelete
  2. Kami rakyat Malaysia Doakan kakak berjaya..! kakak ni lah yg di zalimi sebenar nya

    ReplyDelete
  3. akak weh...tuntut ajelah dengan kerajaan BN yang dicintai, sebab arah polis dan agen2 buat kacau kat Kuala Lumpur pd 9 Julai lalu, Bersih buat cara baik yang sekat orang itu orang kerajaan akak weh...sedekah pun baik dapat pahala banyak2...amin

    ReplyDelete
  4. perhatian untuk hj hanafiah. hj kata bersih tu baik. bersih ibarat sebuah restoran yang kotor . didepan saja nampak bersih tapi di dapur penuh dengan tikus liPAS cicak berkubang. tempat lalat membiak.

    ReplyDelete
  5. haji hanafiah..dh memang nama POLIS, tugas nya mengawal keselamatan..kalau terjadi yg tak diingini sabtu tu macam mana? nanti cakap POLIS tak bertugas pulak..mana nk puas kan hati2 ribu2 manusia tu, bukan semua BERSIH pun..

    ReplyDelete
  6. Kalau orang macam haji hanafiah ni jadi wakil rakyat maka confirm negara kita akan lingkup dengan corak peikiran macam dia ni.

    Kenapa tak buat kat shah alam??Polis pun dah cakap kalu buat kat shah alam dia akan bagi permit.Knape nk buat demo atas jalan tgah kl jugak?saja nak cri pasal. Btw ambiga da mgadap agong sblum tu,knapa tak bg je memo tu? Apa syarat sah,wajib, rukun hantar memo kena berarak ramai2 atas jalan tgah kl ke?kalau x buat camtu memo tu terbatal?

    ReplyDelete
  7. Anwar peralatkan ambiga utuk gulingkan kerajaan BN! Malangnya rakyat x sebodoh yg nuar sangkakan.

    ReplyDelete
  8. dah makcik xbercampur masyarakat memamng la org xnak dtg kenduri...tu la hidup dengan kepentingan duniwi saja...cuba2 la turun surau or masjid ker...salah makcik sendiri jugak...hahaha...amek ko org xdtg knduri ko...hahaha

    ReplyDelete
  9. banyak2kan p masjid dan surau ye mak cik...jgn x bercampur dgn org..x pa, lepas ni mak cik kawin selagi lagi, kompom org BN datang...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.