Pages

Tuesday, July 19, 2011

Blogger Al-Juburi Diperintah Bayar RM300k... Rocky Dan Big Dog Perlu Pohon Maaf Kepada Rais!

Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.


Nama Rais tercemar, Rocky dan Big Dog perlu pohon maaf secara terbuka!

Datuk Ahirudin Attan (Rocky Bru) dan Zakhir (Big Dog) blogger elit yang cuba membakar api fitnah terhadap Rais Yatim perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim ekoran kenyataan bekas pembantu rumahnya yang menafikan dia dirogol Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Rocky’s Bru yang merupakan blogger pertama menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung tuduhan “Rogol Amah”. Ianya kemudian digembar gemburkan oleh blogger pembangkang dan menjadi senjata Pakatan dalam isu rogol amah.


Segala usaha jahat yang mahu mencemarkan nama baik Rais terbukti ianya satu fitnah, apabila pembantu rumah Indonesia yang dikatakan menjadi ‘mangsa’ rogol seorang menteri memberitahu Jabatan Perlindungan Tenaga Kerja negara berkenaan bahawa kejadian tersebut tidak pernah berlaku.

p/s: Big Dog sendiri mau ingat la....

3 comments:

  1. sudah 2 kali anjing besar ni buat onar!

    ReplyDelete
  2. kah kah muka dia ada macam pojaaan hati Anwar Ibrahimm...

    ReplyDelete
  3. Hambik kau!!

    Dengan ucapan "sila telan balik taik sendiri"

    wakakakakakakaka

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.