Pages

Saturday, July 16, 2011

Cincin Rosmah RM24 Juta Kecoh Satu Kampung

Siapa pernah melihat ayam yang baru bertelur? Aku selalu perhatikan ayam di reban, bila bertelur kecoh betul ayam tu riuh satu kampong… Begitulah juga cerita cincin Datin Seri Rosmah Mansur bernilai RM24 Juta baru dapat satu telur kecoh puak pakatan pembohong jaja satu Kampung…

Matlamat mereka adalah satu apabila Rosmah Mansur diserang maka tempiasnya akan tercalit kepada Najib Razak. Itu lah agenda mereka Pakatan pembangkang yang setiap hari makan Minum mereka adalah Fitnah semata mata.

Isu ini sengaja direka oleh seorang penglipur lara pembangkang yang bernama Chegu Bard diatas arahan Ketua Pembohong Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Ianya juga untuk mengaburi mata rakyat agar kes liwat, video seks, jam tangan Omega dan segala pembohongan Anwar terhadap rakyat tertutup.


Memang menjadi resam pembangkang mengaibkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, tidak kiralah sama ada perkara itu salah disisi agama mahupun tidak mereka akan sentiasa memutarbelitkan fakta agar rakyat yang kurang pemahaman dapat ditipunya..

Jika dinilaikan peranan Ketua Pemuda Umno dengan Ketua Ketua Lanun PAS dan PKR dalam isu kebajikan rakyat, kita boleh lihat dimana Ketua Pakatan Pembangkang tampak jauh ketinggalan.

Ketua Pemuda PAS dan PKR diibaratkan seperti perumpamaan hidup segan mati tak mahu...

Semalam di Kuantan Pahang… Pemuda Barisan Nasional (BN) menyasarkan seramai 30,000 orang akan mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN yang diadakan yang menawarkan lebih 6,000 jawatan kosong dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu Karnival Hartanah akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Julai ini di Kuala Lumpur.

Karnival itu katanya bagi memberi ruang kepada belia dan orang ramai meninjau sektor hartanah khususnya kediaman yang dipasarkan oleh syarikat perumahan di negara ini.

Ketua Pemuda KJ, menyifatkan pihaknya akan menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan kerana ia adalah salah satu usaha Pemuda BN menyumbang bakti kepada masyarakat.

Apa Pakatan Pembangkang buat untuk rakyat? BERSIH? Perhimpunan Haram BERSIH yang berjaya memburukan nama Malaysia di mata dunia!

4 comments:

  1. http://wartamaya.blogsport.com/

    ReplyDelete
  2. Sam pempers kaki pendek, akal pendek kesemuanya pendek! Kah kah kah!

    ReplyDelete
  3. AMK Jambu! X pemalas!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.