Pages

Friday, July 1, 2011

Demo Depan Kedutaan US, Selepas Solat Jumaat Hari Ini

PERHATIAN: Salam buat semua rakan rakan bloggers, sahabat seperjuangan... Untuk makluman Misi Foltilla II yang juga disertai oleh Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin sekarang sedang berada dengan tekanan, ugutan, ancaman dan sabotaj oleh pihak Israel Laknatullah! Ini ditambah buruk lagi dengan lampu hijau yang diberi oleh Hilary Clinton Kepada pihak Israel menyerang kapal tersebut.

Oleh yang demikian, hari ini 1/7 hari jumaat jam 2 petang selepas solat jumaat Pergerakan Pemuda UMNO bersama Life Line For Gaza  LL4G akan berhimpun dihadapan Kedutaan US di Jalan Tun Razak untuk menuntut jaminan keselamatan keatas Misi tersebut.

Seramai 10 sukarelawan Malaysia termasuk beberapa pengamal media menyertai lebih 1,000 sukarelawan daripada lebih 600 NGO dunia belayar ke perairan Gaza dengan menaiki 13 kapal penumpang.

Tiga dari kapal itu merupakan kapal kargo yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan berupa bekalan perubatan, peralatan sekolah dan bahan binaan seperti simen kepada 1.5 juta rakyat Palestin

Harap dapat panjangkan jemputan ini. Salam Keamanan buat Palestine!!! Allahuakbar!!!!

1 comment:

  1. bodoh betol si KJ dan Blogger cam ko ni, dah tau US di kuasai Pelobi YAHUDI, buat ape nak pergi pujuk, nak cakap bodoh kan x pasal ko dan KJ marah, akal ade guna ajel, beballlllllllllllllllll

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.