Pages

Tuesday, August 9, 2011

Isu Gereja DUMC: Jais Pohon Waran Ke Atas 12 Individu Yang Engan Hadir Beri Keterangan


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 indvidu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan.

Jelas beliau, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

“Kita telah meminta kesemua 12 individu ini agar hadir di pejabat (Jais) memberikan keterangan tentang kehadiran mereka dalam majlis itu tapi sehingga kini mereka tidak menghadirkan diri dan saya difahamkan mereka dinasihatkan peguam masing-masing supaya tidak hadir.

“Kita akan mohon perintah mahkamah ini dalam tempoh terdekat, kita hanya mahu mereka memberikan keterangan dan membantu siasatan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jelas Sharom, sekiranya kesemua 12 individu itu tetap enggan menghadirkan diri walaupun perintah mahkamah dikeluarkan kelak, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memohon perintah tangkapan terhadap mereka.

“Kita akan pohon supaya mereka hadirkan diri ke pejabat untuk memberikan keterangan dan kalau mereka tetap enggan hadir, kita mungkin akan dapatkan perintah menahan ke atas mereka,” katanya.

Tambah beliau, kesemua 12 individu yang ditahan semasa serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petalin Jaya Rabu lalu rata-rata berasal dari Selangor.


Kenapa isu Agama dijadikan isu politik tuduh Barisan Nasional BN? Amat Kecewa PAS tidak sokong JAIS dalam usaha banteras gejala Murtad! PAS Sesat!

Berita terdahulu : Cerita Sebenar Yang Berlaku Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC

1 comment:

  1. KERAjaan PKR Selangor terpaksa membisu seribu bahasa kerana takut kpd DAP!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.