Pages

Monday, August 8, 2011

Kes Liwat II : Mahkamah Benarkan PM Najib, Rosmah Ditemubual


Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil 15 saksi termasuk perdana menteri dan isterinya dengan syarat mereka bersetuju untuk ditemu bual.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata menjadi tanggungjawab pendakwa untuk menyediakan saksi kerana pembela ada hak untuk menemu bual mereka.

Bagaimanapun kata beliau, terpulang kepada saksi sama ada mereka bersetuju untuk ditemu bual sebelum dipanggil untuk memberi keterangan.

Sebelum ini kesemua mereka enggan ditemuramah peguambela lalu menyatakan hanya akan hadir sekiranya mahkamah mengemukakan sapina.

Selain Najib dan Rosmah, 13 yang lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka,Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Anwar dan Anwar akan menggunakan kesempatan ini habis-habisan untuk memburukan nama baik Perdana Menteri dan isteri.

8 comments:

  1. tindakan itu sebagai sengaja untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar kes liwat Anwar

    ReplyDelete
  2. Pak cik sudah-sudah la tu...yang bersalah tetap akan bersalah..allah tu maha adil..tunggu je la..masa je yg menentukan

    ReplyDelete
  3. kita tengok najib dan rosmah pula ke sungai buluh keh khe keh!

    ReplyDelete
  4. anon 12:51 PM tak habis2 puak pakatan pembangkang nak buat fitnah!

    ReplyDelete
  5. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah. Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak...sy baru tau rupanya saksi boleh DATANG SEBAGAI TUNGGUL dimahkamah malaysia. Cerita ni mcm mahkamah budak tadika.ha!ha! lawak!lawak!

    ReplyDelete
  6. harap harap saksi tu pakai pampers la ya bila jumpa mr karpal!he he he

    ReplyDelete
  7. anom 1.12pm jangan jadi BODOH. saksi tak mahu di temubual di luar mahkamah, tetapi akan hadir ke mahkamah bila ada sepinar. Pihak peguam boleh soal apa yang dia nak soal di mahkamah.baca betul dan faham jangan tunjuk BODOH.

    ReplyDelete
  8. aku juga harap anu-war juga pakai pamper. jangan pakai yang harga murah nanti tiris pula. jangan risau yang benar tetap benar yang salah akan ke BAMBOO RIVER VIEW. Insya Allah. keadilan akan tertegap jua. tapi bukan parti keadilan.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.