Pages

Thursday, August 25, 2011

Khairy: Pelajar Luar Negara Disaran Timba Pengalaman Kerja Sebelum Pulang


Pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara disaran supaya mendapatkan pengalaman kerja di negara tersebut sebelum pulang untuk menabur bakti di negara sendiri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pengalaman dan kebolehan yang mereka miliki akan menjadi lebih berharga apabila kembali bekerja di tanah air.


“Tidak ada masalah untuk mereka bekerja terlebih dahulu di luar negara selama lima, enam tahun selepas tamat pengajian, dapatkan pengalaman di negara lain. Ini akan menambah nilai kebolehan mereka apabila pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum bertajuk Peranan Generasi Muda Dalam Transformasi sempena program induksi From Europe With Love untuk pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Russia dan United Kingdom.

Program tersebut yang dianjurkan Kelab UMNO Luar Negara Rusia dan United Kingdom dirasmikan Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Shabery Cheek, di sini hari ini.

Khairy berkata, Malaysia kini tidak lagi mementingkan kuantiti graduan dari luar negara sebaliknya mereka yang berkualiti untuk berkhidmat.

Dalam pada itu, Khairy turut menasihatkan pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara supaya menimba sebanyak mungkin pengalaman ketika berada di sana.

“Gunakan pengalaman ini sebaik mungkin, bergaul bukan dengan kumpulan sendiri sahaja. Lakukan pelbagai aktiviti yang boleh meluaskan minda kita kepada keadaan persekitaran,” katanya.

Sumber: UMNO-online

1 comment:

  1. Btol, tak jadi jaguh kampung saja but apa. Steady kj.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.