Pages
▼
Thursday, August 4, 2011
Khalid Oh Khalid Gagap Ku: UNISEL Bergelora… Hak Pekerja Dinafikan...
Selangordaily – Belum reda lagi isu asrama Yayasan Selangor yang cuba “dikomersilkan”, satu lagi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri bergelora gara-gara permainan politik yang memaksa pengunduran Naib Canselornya, Dr. Rosti dengan notis 24 jam.
Tentunya keadaan ini punya sebab musabab apatah lagi dengan dakwaan Dr. Rosti yang beliau enggan memecat 3 pegawai universiti tanpa prosedur yang betul.
Secara tidak sedar, ia menunjukkan sikap kuku besi dan tidak mengendahkan peraturan-peraturan atau undang-undang yang melindungi status seorang yang bergelar pekerja.
Begitulah jahatnya kuasa politik yang cuba memanipulasi Dr. Rosti. Secara logika, si pendesak akan terselamat, sedangkan Dr. Rosti bakal dikambinghitamkan seandainya perkara ini berbangkit kelak. Mujur Dr. Rosti setaraf dengan statusnya sebagai ilmuwan sehingga membawa kepada jawatannya, sebelum notis perletakan jawatan 24 jam itu.
Malaysia bukanlah negara cincai. Terdapat undang-undang buruh, atau undang-undang perhubungan perindustrian yang memberi peluang kepada seseorang pekerja “chance to be heard” sebelum sesuatu tindakan seperti pemecatan boleh dilakukan. Maka prosedur yang selayaknya adalah surat tunjuk sebab dan diikuti dengan siasatan dalaman (domestic inquiry) sebelum tindakan disiplin termasuklah pemecatan jawatan boleh dilaksanakan.
Namun kerakusan politik tidak melihat aspek-aspek itu. Asalkan matlamatnya tercapai, apa pun boleh. Dan pastinya ada agenda tersembunyi di sebalik desakan itu. Tidak mustahil seandainya pihak yang mendesak sudah bersiap sedia untuk meletakkan kroni-kroni mereka sebagai pengganti.
Mungkin 3 pegawai universiti berkenaan tidak sependapat dengan pendesak itu, berikutan “permintaan” yang melangkaui prosedur dan professionalisma pekerjaan mereka. Maka samada si pendesak itu sendiri yang bertindak, atau si pendesak bertindak berikutan kroni-kroni mereka yang memaksa kerana “permintaan” mereka tidak dipenuhi.
Terdapat juga isu lain di Unisel, iaitu laporan polis dari seorang pelajar yang mendakwa telah dirogol oleh tenaga pengajar di universiti berkenaan. Apa status laporan polis berkenaan? Apa tindakan dari pihak universiti? Malangnya si pelajar seandai masih tiada sebarang perkembangan tentang nasibnya yang layak mendapat pembelaan sewajarnya.
Apa sudah jadi dengan Selangor? Pusat anak negeri yang menjadi nadi melahirkan graduan dan generasi masa depan yang berpelajaran semakin menuju kehancuran gara-gara campurtangan politik gampangan.
Pilunya mengenang masa depan anak muda untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya diganggu gugat oleh pihak-pihak yang mementingkan agenda peribadi semata-mata melalui kuasa politik.
Selangor berduka…
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.