Pages
▼
Friday, August 19, 2011
Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO - Pemuda Rai Golongan Kurang Bernasib Baik
Sempena bulan Ramadhan, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga-warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO.
Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda yang berlangsung semalam, Khamis, bertempat di Dewan Masjid Wilayah, Jalan Duta, tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi .
Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi ucapan serta meraikan 800 anak-anak yatim, OKU serta ibu-ibu tunggal, warga-warga emas.
Khairy bersama Naibnya, Datuk Razali Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada warga tua, anak-anak yatim, Ibu tunggal dan OKU.
Khairy memberitahu program Pemuda UMNO bersama golongan penerima sumbangan bukan sahaja dilakukan di ibu kota sahaja tetapi meliputi negeri-negeri lain.
“Saya bersama Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim telah menjelajah ke negeri-negeri untuk menyampaikan sumbangan tersebut dibawah nama 'Jom Ramadhan',” jelas beliau.
Menurut Khairy, melalui program 'Jom' yang dimulakan tahun lepas, Pemuda UMNO Malaysia telah menjelajah ke setiap kawasan Parlimen bagi mengadakan khidmat bakti melakukan kerja-kerja membaiki rumah-rumah orang miskin yang rosak bumbung, lantai, membina tandas, bilik mandi dan membaiki dapur.
Katanya, “kita bekerjasama dengan Giatmara melakukan kerja-kerja baikpulih rumah yang terpilih dengan purata perbelanjaan RM5000. Tahun lepas dibawah Jelajah 1Malaysia Pemuda Barisan Nasional (Jom Pemuda BN) telah berjaya membaikpulih tidak kurang 500 buah rumah seluruh negara.”
Bagaimanapun, di bulan Ramadhan ini, kata Khairy, “Pemuda UMNO mengambil pendekatan membaikpulih sebuah surau untuk satu negeri dan ianya telah berjalan lancar, ianya juga mendapat kerjasama dengan Giatmara. Setakat ini kerja-kerja baikpulih surau itu telah dilakukan di Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Syabas Pemuda Umno Malaysia, usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik dan berkemampuan adalah suatu amal kebajikan yang perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.
Amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan.
Politik Harian/Bro Jinggo
syabas pemuda umno, pemimpin generasi terkini..
ReplyDelete