Pages

Monday, August 22, 2011

Menteri Besar Kedah Tipu 10,000 Pemilik Dusun Buah-buahan


Sebagai pengajaran, jangan tabur janji-janiji kosong, lain kali buat dulu baru cakap... kalau orang kata puak PR pembohong nanti marah pulak! lepas tu tuduh semuanya salah BN! pirahhh mabok!

Lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap kecewa dengan kerajaan negeri Kedah yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.

"Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.

"Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak," katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari Ahad.

Abdul Fatah, yang juga bekas anggota PAS, berkata mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.

Mizan Ahmad, 45, pula berkata rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan.

"Mereka janji nak selesaikan masalah rakyat di daerah ini, tetapi kerajaan negeri langsung tidak membantu, malah hanya menyusahkan rakyat sahaja," katanya.

Tinjauan Bernama di dusun buah-buahan sekitar Kampung Bendang Tok Tri, Naka mendapati banyak rambutan yang rosak bertaburan di atas tanah ekoran tidak dipungut pemiliknya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Negeri Badrol Hisham Hashim berkata beliau kesal dengan janji yang ditaburkan pemimpin PAS semata-mata untuk menggembirakan dan meyakinkan hati rakyat tanpa mengambil kira kesannya.

Beliau berkata rakyat Kedah perlu menilai sendiri kegagalan kerajaan negeri yang dipimpin PAS menyelesaikan masalah kecil seperti itu.

Terdahulu, Badrol Hisham bersama 40 pemilik dusun buah-buahan daerah berkenaan mengadakan demontrasi aman membantah tindakan kerajaan negeri yang mungkir janji itu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Datuk Amiruddin Hamzah gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksi beliau.

2 comments:

  1. Macam mana MB nak pi kutib buah-buah tu, hangpa tak tau ka di masih dirawat di IJN. Kesian, Kesian.

    Nanti dekat raya ni dia keluaq la. Nanti dia pi tengok.

    warga sebelum merdeka

    ReplyDelete
  2. niihh cerita betul ker fitnah..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.