Pages

Thursday, August 25, 2011

Pemuda Umno: JKP Bukan Untuk Tuntutan Bersih 2.0


Pergerakan Pemuda Umno percaya cadangan yang akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP) bukan hanya terikat dengan tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0).

Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin berkata sebaliknya cadangan yang akan menjadi rangka kerja dalam JKP adalah daripada pelbagai pihak termasuk Pergerakan Pemuda Umno, Suhakam dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar.

"Pergerakan Pemuda Umno setuju dengan penubuhan JKP untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

"Tetapi kami percaya penubuhan itu bukan kerana cadangan-cadangan daripada Bersih 2.0 sebaliknya daripada pelbagai pihak lain" katanya.

Khairy berkata demikian bagi mengulas laporan laman portal berita yang mendakwa cadangan yang dijadikan komponen utama dalam JKP adalah daripada Bersih 2.0.

Katanya Pergerakan Pemuda Umno turut mengemukakan beberapa cadangan kepada jawatankuasa berkenaan antaranya memansuhkan penamaan calon semasa pilihan raya kerana ini banyak membuang wang, masa dan tenaga kerana terpaksa berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon yang akan bertanding.

Beberapa negara maju tidak mengamalkan penamaan calon sebaliknya memberi tempoh 24 jam untuk sesiapa saja mendaftarkan sebagai calon, katanya.

Sekitar Majlis JOM Ihya' Ramadhan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.