Pages

Thursday, August 11, 2011

Rusuhan Beri Impak Pada Pelancongan London, Riots In Pictures - Part 4















View more photo : 


Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menjangkakan rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain akan memberi impak kepada jumlah pelancong yang akan berkunjung ke negara tersebut.

Presiden MATTA Datuk Mohd Khalid Harun berkata rusuhan itu sesuatu yang tidak dijangka dan bakal memberi impak yang tidak menyenangkan kepada pelancong untuk berkunjung ke negara itu.

"Jumlah pelancong yang ingin berkunjung ke negara tersebut berkemungkinan sedikit terjejas tetapi kita tak tahu berapa banyak.

"Orang kita bila dah tahu tentang rusuhan tersebut mereka memang tak akan pergi dan mereka mungkin akan tukar fikiran selagi rusuhan belum selesai," katanya kepada Bernama selepas sidang akhbar untuk mengumumkan MATTA Fair yang bermula esok, di Kuala Lumpur hari ini.

Pameran MATTA antaranya turut menyediakan pakej promosi ke United Kingdom kepada para pelancong yang bercadang untuk berkunjung ke destinasi tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden MATTA John Tan berkata pameran MATTA kali ini akan menyasarkan 80,000 pengunjung dan RM100 juta kutipan selepas jualan.

"Selepas kejayaan pameran sebelum ini, kita telah berjaya menarik minat 211 organisasi untuk menyertai dan daripada jumlah itu 945 gerai akan dibuka pada pameran kali ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar tersebut.

Selain itu pameran yang bakal berlangsung selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga akan disertai oleh 34 hotel dan penginapan.

Tan turut berkata MATTA akan menyediakan potongan harga sebanyak 25 peratus kepada para pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari semua destinasi ke arah laluan Kuala Lumpur jika mereka mahu berkunjung ke pameran tersebut.

"Kita juga menyediakan hadiah utama berupa baucar pelancongan sehingga RM20,000 dan kepada pengunjung bertuah yang datang ke pameran kami," katanya.

Pameran MATTA kali ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai promosi produk perkahwinan selain sebuah lagi dewan pameran bakal dibuka untuk menampung jumlah pengunjung yang datang.

2 comments:

  1. aku bersyukur kepada mu allah, kerana MALAPETAKA DAN BENCANA BURUK seperti ini tidak berlaku di Malaysia! amin

    ReplyDelete
  2. ni sume sandiwara umno. umno yg rancang rusuhan kat london sebab nak tunjuk BERSIH tu boleh bawak masalah!


    kekeke... agak2 ada x org pembangkang yg cakap gini. kalau ada memang parah! haha

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.