Pages
▼
Saturday, August 13, 2011
Suspek Samun Dan Pukul Pelajar Malaysia Di London Ditahan
Polis Britain semalam menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia oleh sekumpulan remaja yang berlakon membantunya ketika rusuhan di London.
Suspek berusia 20-an itu ditahan ketika pelajar jurusan akaun tersebut, Muhammad Asyraf Haziq Rossli (gambar) menegaskan dia tidak berasa dendam ekoran kejadian yang berlaku di Barking Isnin lalu dan ingin meneruskan pengajiannya di sini.
Scotland Yard dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan lelaki itu.
‘‘Pegawai polis hari ini (semalam) menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunya selepas dia diserang ketika rusuhan di London,’’ kata kenyataan itu.
Ia berkata, suspek dipercayai berumur 20-an kini ditahan bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Muhammad Asyraf, 20, yang menjalani pembedahan bagi merawat tulang rahangnya yang patah ekoran kejadian itu kelmarin, telah dibenarkan keluar hospital pagi semalam.
Muhammad Asyraf melahirkan rasa terkejut ketika melihat rakaman video serangan ke atasnya.
‘‘Saya terkejut kerana sebahagian daripada penyerang itu adalah kanak-kanak. Saya juga tidak menyangka ada orang yang merakam kejadian ini,’’ katanya pada satu sidang media.
Pelajar tahun pertama itu berkata, dia memerlukan masa untuk memikirkan apa yang telah berlaku selepas menonton rakaman video berkenaan.
‘‘Adakah itu saya?’’ katanya. – AFP/AP
[video inside] Pelajar Malaysia Cedera Dan Di Rompak, London Riots In Pictures - Part 3
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.