Pages

Thursday, August 25, 2011

Tun Mahathir : Pembangkang Tidak Hormat Raja


Pakatan pembangkang, PKR, DAP dan Pas dilihat semakin tidak menghormati institusi diraja sebagai payung perlembagaan negara berikutan tindak-tanduk mereka membelakangi entiti tersebut kebelakangan ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini terbukti apabila kerajaan PKR Selangor berbohong dengan mendakwa Sultan Selangor berkenan meluluskan penubuhan sebuah majlis syura berikutan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

“Saya fikir kita patut mencari kebenaran isu ini, tetapi saya percaya Sultan Selangor kalau baginda kata baginda tidak bagi (luluskan penubuhan), itu yang patut kita percaya dan tentang orang politik ini, dia politiklah.

“Saya dapati parti pembangkang tidak menghormati institusi beraja, mereka lihat raja sebagai penghalang juga,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meluluskan penubuhan Majlis Penasihat Syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai telah menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam. Baca di sini..

Bagaimanapun semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan akhbar bagi membetulkan keadaan bahawa baginda tidak pernah menitahkan atau menasihatkan penubuhan majlis sebegitu kepada kerajaan negeri.


Selain insiden terbaru itu, pembangkang sebelum ini turut menyokong kenyataan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan badan haram itu menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengulas perkara itu, Dr. Mahathir memberitahu, pihak pembangkang jelas gemar memanipulasi pertemuan mereka dengan sultan dan raja-raja Melayu yang menjadi simbol perpaduan negara.

“Mereka kalau boleh hendak gunakan raja untuk kepentingan mereka dan ini nampak jelas sekali,” tegasnya.

Kepada satu soalan, jelas beliau, rakyat serta para pemimpin diingatkan supaya tidak memberi ruang kepada kuasa asing yang sentiasa cuba menyerap masuk demi mencari kekayaan seperti hasil minyak dan sumber lain.


Rakyat jelata akan menjadi mangsa kerakusan pemimpin pembangkang yang tamakkan kuasa!

2 comments:

  1. hukum pancung jer org derhaka ni,. jom singgah ke blog saya,. hari ada pelbagai informasi menarik antara tajuk2 utama, ketua wanita pkr gelugor peluk islam, bapa didakwa kerana sembelih anak, 4 lelaki rusia dihukum penjara 36 tahun kerana rogol pelajar malaysia, dan pelbagai berita2 terkini dalam dan luar negara

    ReplyDelete
  2. hahaha....ada jugak rakyat yg digelar Malaysian tp Raja melayu punyer namer pun x kenal & x nak kenal sebab dari kaum melayu...membazir dorang kater...So? salah saper ?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.