Pages

Tuesday, September 27, 2011

Hudud: Kartun Utusan Yang Buat PAS Marah


Karikatur Utusan ini membuatkan Puak PAS panas punggung dan memberi tafsiran yang silap terhadap Utusan, biasalah diaorangkan anti Utusan, kalau Malaysiakini yang buat semuanya OK.

Polimek berkaitan hudud mula mendapat perhatian kembali setelah Nik Aziz menyuarakan untuk melaksanakannya sementara Pengerusi DAP, Karpal Singh melontarkan bantahan dengan disokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hudud ini cuma mainan pembangkang dalam cubaan mendodoikan rakyat dengan irama mereka sedangkan jika benar Pas mahu melaksanakannya maka sudah pasti ia diusahakan telah lama dahulu.

Pas kembali menimbulkan isu lapuk mereka untuk dijadikan senjata dalam pilihan raya akan datang apatah lagi sejak kebelakangan ini keyakinan rakyat terhadap mereka semakin luntur ekoran terlalu tunduk kepada rakan sekutu dalam pakatan pembangkang selain aib yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpinnya.

Nik Aziz cakap tentang hudud kerana mereka cari peluang, kononnya bergaduh dengan Karpal Singh dan Guan Eng tetapi itu semua dirancang kerana bermotifkan politik murahan.

1 comment:

  1. Hudud hak semua muslim. Kalau non muslim yang memainkan isu. Masih boleh reseve kerana tidak memahami berbanding muslim yang mempermain-mainkannya.Mohon hormati seandainya belum ada kemampuan.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.