Pages
▼
Tuesday, September 13, 2011
Inilah Yang Rakyat Mahukan: Penerangan Dan Cadangan Ketua Pemuda UMNO Mengenai Cukai Pra Bayar
Ramai rakan-rakan Twitter tanya kenapa tidak dimansuh terus service tax untuk perkhidmatan pra-bayar. Kenapa hanya ditangguh? Saya cuba jelaskan. Cukai perkhidmatan lima peratus ini dikenakan sejak tahun 1998 kepada semua syarikat telco. Cuma (selama ini) telco telah tanggung cukai ini tanpa dialihkan kepada penguna.
Cukai ini telah dibayar kepada kerajaan oleh telco tanpa dialihkan tanggungan tersebut kepada pengguna sebagai tambahan kos pembelian produk. Isu terkini timbul bila Kerajaan naikkan service tax ke enam peratus. Maka telco mengambil peluang alihkan semua kos pada pengguna (lima peratus asal + satu peratus baru)
Bagi telco hujah mereka mengapa dikenakan cukai dua kali: cukai korporat DAN kena tanggung cukai perkhidmatan yang patut dibayar pengguna.
Jadi kerajaan melalui Datuk Seri Rais Yatim runding supaya perkara ini ditangguhkan dulu. Kenapa tidak dimansuhkan terus?
Sebab sekiranya dimansuhkan, kerajaan hilang pendapatan. Dan pendapatan ini dibayar oleh telco, bukan pelanggan pun.
Oleh yang demikian, walaupun tidak dimansuhkan ia tidak bebankan rakyat sebab balik pada senario asal iaitu syarikat telco yang bayar dan Kerajaan peroleh cukai. Saya antara yang bantah cukai ini dialih kepada pengguna. Tidak munasabah dalam keadaan ekonomi hari ini juga terlalu mengejut.
Isu cukai senang dimanipulasi dan perkara yang sedikit rumit (untuk) difahami. Sepatutnya penerangan dibuat dulu. Cakap ini tanggungan pengguna sebenarnya. Lepas tu adakan pelan peralihan. Tiga tahun kedudukan sama. Lepas tu satu peratus dulu dialih kepada pengguna.
Setiap tahun mungkin ada tambahan satu peratus. Ada jadual jelas. Dan buat pengecualian total untuk pelajar contohnya. Barulah mudah diterima. Cuma cadangan dari Ketua Pemuda kerdil tapi saya percaya tidak akan mengejutkan dan meletup seperti isu hari ini. Wallahualam.-12/9/2011
NOTA PENGARANG: Kenyataan ini berasal dari tweet Saudara Khairy Jamaluddin dan diemailkan kepada agendadaily oleh brojinggo@gmail.com (aku ler..)
Jgn memperbodohkan orangramai dengan ayat Telco tanggung cukai selama ini. Semua duit yg dibayar Celco kepada kerajaan selama ini adalah dari rakyat juga.
ReplyDeletePertambahan 6% adalah pertambahan beban bayaran rakyat yang selama ini telah dilakukan melalui pembelian pek atau topup prabayar.
Celco sudah untung beratus2 juta, malahan bilion ringgit. Apakah kerana busines plan untuk capai pendapatan tertentu, maka mereka dgn mudah kenakan cukai 6%?
KPUM jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan penerangan sebegitu. Apapun yang dilakukan oleh Celco, semuanya bakal menambahkan beban rakyat, bukan mengurangkannya.
Mereka patut memberi servis yang lebih berkualiti dan baik. Bukannya menaikkan caj!
nayan..
ReplyDeletedlu 5%, telco absorb itu tax.. u ade rse beban x??
skrng suda naik 6%, telco mau lpas tgn,bg smua tu kt pngguna..
so,baik tax 6% tu dimansuhkn and kekalkn tax 5% yg akn dtanggung oleh telco..
kmbali cm biase.. x de isu bebankn rkyat..
sama jer..akhirnya akan jatuh ke rakyat jugak..cukai byk2 pun kerajaan dpt untuk membangunkan negara yg akhirnya akan menghimpit rakyat..lebih baek fokus kepada pendapatan rakyat yg semakin kritikal skg nie..yg kaya semakin kaya..yg miskin semakin miskin..ekonomi negara jelas dibawah tangan bangsa cina..kerajaan memainkan peranan yg besar dalam mengubah situasi ini kerana peruntukkan yg disedia dalam menghasilkan usahawan melayu dimonopoli pihak tertentu dan x sampai kepada golongan yg memerlukan..
ReplyDelete