Pages

Wednesday, September 14, 2011

Isu Gereja: Umno Selangor Fail Saman RM10 Juta Terhadap Mustafa Ali

Telajak perahu boleh di undur, telajak kata badan binasa... Gara-gara tabur fitnah sana sinun di bulan puasa Setiausaha Agong PAS di saman RM10 Juta.

UMNO Selangor pada Rabu, memfailkan saman terhadap Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS'.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut writ saman, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. MUahahahha...setakat 10 juta tu sikit sgt bagi PAS.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.