Pages

Wednesday, September 28, 2011

Isu Kuota Bumiputera: Melayu Seharusnya Berasa Malu Dengan Hak Keistimewaan Kouta!



Orang Melayu hanya akan memiliki keuntungan sebenar apabila mereka mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menyaingi kaum Cina dan India dalam bidang ekonomi tanpa menagih sokongan kuota.

Melayu seharusnya berasa malu dengan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka seperti hak kouta kerana ia menunjukkan mereka masih lemah dan perlu dilindungi.

Bangkitlah Melayu!

Kaum Melayu perlu membuat perubahan budaya untuk membolehkan kita memiliki daya saing yang setaraf dengan kaum lain dan ia sekali gus akan dapat menghapuskan rasa takut atau sangsi terhadap kaum lain dan membantu menyatukan semua kaum yang terdapat di negara ini!

Ulasan Najib Mengenai Kuota Bumiputera.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau," kata Perdana Menteri dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011. Selasa.

Beliau berkata kuota menghindari keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka.

Najib khuatir "sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan."

Beliau berkata satu kritikan masa lalu yang beliau hadapi mengenai sistem kuota ialah orang yang patut tidak dipromosi. Tindakan afirmatif kini perlu berfasarkan meritokrasi.

"Jadi, anda perlu menggalakkan calon Bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan Bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya.

Najib juga memuji Unit Peneraju Agenda Bumiputera di Jabatan Perdana Menteri yang telah mengenal pasti lebih 1,000 syarikat yang akan dibantu bagi berkembang.

Perdana Menteri juga berkata Kabinet akan membuat keputusan esok mengenai garis masa cadangan pindaan kepada undang-undang media cetak dan keselamatan untuk meningkatkan kebebasan awam dan menjadikan Malaysia lebih moden dan vibran demokrasinya.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Sambil menegaskan kerajaan adalah serius dalam melakukan pembaharuan, Perdana Menteri berkata: "Sesi Parlimen akan datang, kamu akan menyaksikan perundangan atau tindakan baru."

9 comments:

  1. kalaulah benda ni yg terkeluar dr mulau pemimpin pr....
    sah dicop pengkianat melayu.
    anjing dap......

    tapi dah keluar dr mulut mp pekan,semua pembela melayu kecut teloq....mati pucuk.

    tak nak buat demo?
    kalau nak nak buat ajak sekali perkasa ngan petriot.

    tak nyesal aku undi dap ngan pkr.

    ReplyDelete
  2. Melayu kaya tak pernah hidup susah macam najib dengan adik beradik dan tuan punya blog bolehlah cakap macam tu.Malu konon.

    Atau Melayu susah yg dah senang hasil dr keistimewaan Melayu,masuk u pakai kuota Melayu,loan sana loan sini pakai kuota Melayu,meniaga dapat projek sebab kuota Melayu,dapat kerja gomen sebab Melayu;kendian bila dah senang sikit tak sedar diri,konon2 malu..ceh!hark ptuihhh!!

    Bukan salah kuota,bukan salah hak keistimewaan.Tapi salah pembahagian kuota.Pembahagian hak seharusnya kepada yg benar2 berhak.

    Pecayalah kalau najib dan pembela2 tak bertempatnya nak hapuskan kuota Melayu(sebenarnya dah diambil sikit demi sikit pun),PRU13 nanti BN pasti hancur!Hancur bukan sebab PR baik(lagi jahanam)dan kuat(dah lemah sebenarnya)tapi hancur sebab najib dan pendokong2nya yg buta hati dan tak mendengar suara akar umbi,suara Melayu marhaen!!

    ReplyDelete
  3. Klu dh tau melayu miskin... Jgnlah jd melayu pemalas!

    ReplyDelete
  4. Cina dan india mempunyai sifat berdaya saing di M'sia kerana mereka sedar mereka adalah pendatang. Melayu pendatang dari acheh dan indon juga rajin dan berdaya saing.
    Jadi untuk kembalikan daya saing melayu di M'sia, aku cdgkan agar k'jaan istiharkan melayu juga pendatang macam cina dan hindu. Nanti tak daklah anak-2 melayu yang melepak dan merempit serta duduk makan tidur, kononnya negara ini kita yang punya, apa perlu dok risau.
    Kita tengok anak2 melayu kini, asyik nak seronok dan berhibur, bercouple main h/set, hisap dadah, bawa betina dll. kerja x mau, duit nak kena ada. Lembu kat padang pun senang bela dari mereka2 ni.

    ReplyDelete
  5. anon 2:24,

    Kau ni betullah dol,janganlah mementingkan diri sendiri.Yang miskin tu tak semestinya sebab dia malas.Yg kaya atau perasan kayalah selalu jadi pelahap makan kuota Melayu sampai yg betul2 memerlukan kempunan gigit jari.

    Tak payahlah berlagak kaya kalau hutang keliling pinggang.PTPTN kau dah habis bayar belum?

    ReplyDelete
  6. anon 3:06pm;

    Mentaliti 'selamat' memang ada pada setiap penduduk asal mana2 negara pun,bukan Malaysia saja.Mentaliti pendatang pula memang 'terpaksa' lebih berdayasaing untuk survival.Ini normal.Kalau Melayu dicampak ke negara asing pun dia akan jadi hebat malah lebih hebat dr penduduk tempatan.

    Takkan hanya sebab budak2 melayu banyak merempit kau nak suruh tukar status penduduk asal jadi pendatang?Bila dah jadi 'pendatang' automatik anak Melayu tak merempit,terus dok rumah baca buku?

    Cerdik sangatlah tu..

    ReplyDelete
  7. Pasal budak melayu merempit tu biasalah. Ada juga budak china yang biasa merempit(dengan cara dia). Ada juga yang tak mau kerja habiskan duit bapak. Dan pasal dadah pula tiap2 kaum ada preference dia bergantung pada tahap ada duit atau tidak ie dari dadah disco ke gam basikal

    Jadi, sebelum apa apa pun kena kaji diri sendiri. Tiap tiap kaum ada kelebihan dan kelemahan masing2. Ada Cina juga yang menyampah kat kaum sendiri tau.Sama juga dengan melayu.

    *Tuan rumah kena selalu mentality "two step ahead" atau dua langkah kedepan untuk menangi penduduk rumah yang lain (di bilik biasa).Kena lagi baik dari dema kalau nak stay juga kat master bedrooom. Silap haribulan kena pindah kat bilik store.Rasanya itulah yang PM nak katakan

    ReplyDelete
  8. Benar cakap tobeng.

    Adik najib, nazir razak rompak syarikat PNB, Sime Darby beratus juta.

    Duit PNB datang dari mana? Kutipan duit2 orang melayu melalui saham asb.

    Itu lah yang melayu pandai merit dan melayu punya blog rompak.

    Kalau penulis blog kaya mcam nazir razak dia patut sokong najib dan dap dan pkr.

    Tapi mungkin, quota melayu nazir , mokhzani mahahtir, tengku zafrul dah bolot. Azman mokhtar dah bagi MAS kat keling.

    Jadi sape yang sokong najib memang melayu bodoh.

    ReplyDelete
  9. Melayu macam najib dan tuan pnya blog ni kita patut halau dari tanah melayu kerana mengkhianati bangsa.

    Tahu kah semua billionaire cina ini dibuat oleh pemimpin UMNO.

    Perjudian di pahang tu kalau bukan Noah yang buat sape yang buat bagi Lim Goh Tong?

    Malu konon dengan kuota. Ko dapt berapa pesen yang ko malu?

    Tony Fernandex kristian dapat 500 juta kapal terbang, ko dapat apa sebagai bumiputera.

    Tak pula Frenandes malu. Malah nak curi lagi duit Sime Darby nak buat lapangan terbang.

    Lepas tu UMNO bagi MAS ke kling tu free! Ko malu ya! Ko malu ko bodoh?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.