Pages
▼
Sunday, September 25, 2011
PERKASA Rentap PAS di Ceramah Mat Sabu #marksabu
Kejadian berlaku ketika Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi.
Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, dimana penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".
Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.
Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.
PAS ganas simbah air panas.
Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.
Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.
"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.
"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.
Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.
"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.
"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya.
alahai..dah tahu penyokong pas tu penyokong kominis ngapalah berani sangat pegi dekat2 kan mereka tu sanggup membunuh? lain kali hati2 ye!!!!
ReplyDeletenak takut apa berapa ramai pun diaorang...kalau bersatu takde masalah asal jangan berpecah
ReplyDeletetakde maknanya layan mt syabu tu. penyokong komunis ni memang degil mcm komunis jugak. kepala batu, tak reti bahasa. kalau nk pegi dekat dia, jgn lupa bwk m16 ke, ak47 ke, baru la kena. kalau bwk badan semata2, saja carik nahas...
ReplyDeletehehehe... sempoi la Alias...lu memang berani bro...
ReplyDeletekalau nk turun roger2 ar kami di KL dan SELANGOR...kita tengok berani ke tak...:))
ReplyDelete