Pages

Thursday, September 8, 2011

Siapa Mat Indera... Pejuang Atau Pengganas?

Mat Indera rancang serangan ke atas Bukit Kepong

SIAPA sebenar Ahmad Indera atau Mat Indera? Persoalan ini mencetuskan polemik selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, 61 tahun lalu, sebagai pejuang kemerdekaan.

Malah, isu itu terus menimbulkan kontroversi apabila sebuah buku yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor didakwa menyenaraikan Mat Indera antara 22 tokoh pejuang di Johor. Ikuti penjelasan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai status Mat Indera.

Pembabitan dalam kegiatan pengganas tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan negara.

MAT Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera ialah anak Johor yang terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu lain juga yang berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera membabitkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.
Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air. Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian peletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak seperti Mat Indera, adalah data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan berkenaan menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang. -BH

6 comments:

  1. BULLSHIT!

    ReplyDelete
  2. MAT INDERA dan suku sakatnya dalam PKM jangan dianggap sebagai pejuang UNTUK MEMBEBASKAN NEGARA DARIPADA PENJAJAH!!(Tanggapan Ghani Othman adalah sesat).
    PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) dan Mat Indera bukan hendak membebaskan negara, TETAPI mahu MEWUJUDKAN sebuah negara republik Komunis Malaya dalam gagasan KOMUNIS ANTARABANGSA (Russia/China).
    Dalam usaha mahu menubuhkan dan memperjuangkan NEGARA REPUBLIK KOMUNIS ini maka mereka bertentanganlah dengan Pentadbiran British dan jentera keamanan (Polis dan Tentera) yang sama dalam satu pihak/pasukan, yang terpaksa berjuang mempertahankan keamanan dan kesejahteraan serta kedaulatan Tanah Melayu/Malaya/Malaysia.
    Harus dingat bahawa selepas Perang Dunia Ke dua, pihak kerajaan, samada British mahupun Perikatan/Barisan Nasional,terpaksa memusatkan pembangunan dan peruntukan HANYA untuk memerangi dan menghadapi ancaman Pengganas Komunis. Tidak ada satu pun dalam gerakan Pengganas Komunis ini yang boleh dilabelkan sebagai gerakan Kemerdekaan!! Ia hanya merupakan satu gerakan mahu menubuhkan Republik Komunis yang bebas bukan daripada pemerintahan Inggeris, tetapi BEBAS DARIPADA PEMERINTAHAN RAJA-RAJA MELAYU, AGAMA ISLAM DAN KEDAULATAN NEGARA YANG BERPAKSIKAN MELAYU!!
    Kalau Komunis perjuangkan Kemerdekaan,kenapa mereka MENGGANAS bukan sahaja sebelum Merdeka tetapi bersekutu pula dengan sukarno-aidit-subandrio dalam GANYANG MALAYSIA!!
    Bukan sahaja Komunis yang menjadi PENGKHIANAT sebelum dan selepas Merdeka, tetapi juga parti-parti politik kiri seperti PKMM, API,AWAS,Parti Buruh, Sosialist Front, Parti Rakyat,Parti Marhaen, Parti Sosialis Rakyat (pimpinan Kassim Ahmad dan Syed Husin Ali) dan juga DAP yang ideologinya dan Pemudanya adalah cabang Socialist Antarabangsa..
    SEMUA PARTI DAN GERAKAN KIRI INI MAHU MENEGAKKAN REPUBLIK KOMUNIS ATAU SOSIALIS DI MALAYA.Komunis dan sosialis ini tak banyak bezanya. Mereka adalah satu rumpun fahaman.Parti-parti Sosialis dengan ideologi yang memihak kepada komunis Marx, Lenin, Mao Tse Tung, Scientific Socialism yang lebih mempercayai keutuhan materialism daripada theology/agama, bak kata sajak Kassim Ahmad, "Tuhan sudah MATI"...semuanya berpegang kepada maxim "freedom from the mouth of the gun",kepungan desa kepada bandar, "workers of the world unite", proletariat, marhein (Ahmad Boestamam, Pak Sako...). Kesemua mereka, termasuk Mat Indera, adalah pejuang dan pengganas yang mahu mewujudkan Negara Malaya KOMUNIS/SOCIALIS!! Mereka tidak boleh dianggap sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN. MEREKA SEBENARNYA ADALAH PEJUANG-PEJUANG KOMUNIS/SOSIALIS YANG MAHU MENEGAKKAN SATU SISTEM NEGARA REPUBLIK, ANTI ISLAM, TIDAK BERAJA....DIBAWAH NAUNGAN KOMUNIS ANTARABANGSA, ATAU MELAYU RAYA (dalam perjuangan PKMM,API, AWAS,Parti Marhaen)..atau dalam INDONESIA RAYA ketika menentang pembentukan Malaysia dengan menjadi AGEN SUKARNO-AIDIT-SUBANDRIO (banyak anggota Parti Buruh, Sosialist Front, Parti Rakyat/Parti Marhaen/Parti Sosialis yang menyokong gerombolan ganyang oleh Sukarno ini.)Parti-parti sosialis/kiri ini tidak mengiktiraf penubuhan dan perkataan Malaysia!
    Kerana itu, jangan sekali-kali diangkat mereka ini sebagai PEJUANG!! Mereka adalah PENGGANAS, PENGKHIANAT,KOMUNIS/SOSIALIS TOTOK!!!
    Pasukan Polis, tentera,...Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, UMNO adalah PEJUANG KEMERDEKAAN bukan sahaja kerana mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris, TETAPI YANG LEBIH PENTING TELAH BERJUANG DAN BERJAYA MENGALAHKAN KOMUNIS/SOSIALIS DARIPADA MENUBUHKAN SEBUAH REPUBLIK YANG ANTI ISLAM, ANTI-RAJA DAN SEBUAH NEGARA YANG TIDAK BERDAULAT KERANA BERNAUNG ATAU DIJAJAH OLEH KOMUNIS ANTARABANGSA RUSSIA/CHINA/?PKI.

    ReplyDelete
  3. wow..anom tu cakap mcm profesor lah..kalu setakat dgr cakap lupakanlh..bnyk sumber sejarah sbl merdeka adlh sumber dr british..tengok..tok janggut-pengganas, mat kilau, dato bahaman, pahlawan pasir salak, ulamak2 pondok dan ramai lg yg x sebulu dgn british di buru dan dibunuh...selidikilh sejarah tu dulu..

    ReplyDelete
  4. walaupon tok janggot mat kilau dan lain2 tu mnentang pemerintahan British tp mereka masih di angkat sebagai tokoh pejuang negara kn... ^^ xde pon kite di ajar mereka adalah pengganas bukak buku sekolah blk la bro... jgn sbb sokong sgt PKR bro jd bebal

    ReplyDelete
  5. Orang BEBAL ni hang bagi FAKTA macamanapun, depa akan tolak juga. Jangan nak kata suruh pilih mana intan mana kaca. Kalau suruh pilih pilih ambik makanan pun TAIK akan dimakannya. SINDROM BEBAL ni akibat terlalu TAKSUB, BODOH TAK BERTEMPAT. Orang asli duduk kat ulu sungai Brazil pun lagi bijak banding dengan puak ni.

    ReplyDelete
  6. Anom ni mcm die hidup seratus tahun la...hahaha

    buku sejarah sekolah yg ko baca tu british yg tulis...ko suke2 nk tuduh2 PKMM ngn API tu PKM...apekah kebebalan ko nih??

    Dorg perjuang merdeka sebenar sama seperti Mat Kilau, dato' bahaman dll...mereka dituduh oleh british sbg komunis dan dipenjarakan utk beri laluan kepada umno...xtahukah ko yg umno dikawal oleh british?? parti melayu ape pada zaman dulu xpakai perkataan melayu?? semangat melayu apakah?? zaman dahulu english xberleluasa cm skrg nih...org dulu mmg btol2 melayu...

    So jgn ckp org bebal..anda kaji la sejarah....bape byk sejarah2 melayu sebenar telah digam oleh british...sejarah kte dah kene twist ngn dorg same cm dorg buat time perang salib dulu...amek ilmu saintis islam...bakar n release blk ckp dorg yg wat...

    pikirla elok2...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.