Pages

Wednesday, September 21, 2011

Tukar Bendera… Pemimpin DAP Digesa Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggesa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M.Manoharan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menunjukkan ‘semangat tidak patriotik’ dengan mencadangkan bendera Malaysia diubah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Manoharan juga perlu melihat bendera Singapura dan Indonesia, yang tidak banyak bezanya dengan bendera Malaysia yang menggunakan warna merah dan putih.

“Saya meminta orang ramai agar menggesa beliau untuk meminta maaf kerana beliau telah menunjukkan semangat tidak patriotik,” katanya mengenai komen Manoharan di laman sosial Facebooknya pada 16 Sept lepas.

Manoharan mendakwa bahawa beliau enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia lebih mirip dengan Barisan Nasional (BN), bukan Malaysia.

Sumber: Umno-Online

4 comments:

  1. Salam.

    Walaupun orang kampung,yang tak cerdik macam ahli-ahli politik, terutamanya pembangkang, aku berpendapat gesaan untuk menolak Jalur Gemilang dan menggantikan dengan yang baru, adalah perbuatan melampau.

    Perbuatan dari rakyat tidak taat setia kepada negara.

    Jalur Gemilang bukan bendera parti politik atau pertubuhan yang boleh dipinda mengikut kehendak dan selera ahli

    Menentang bendera bermakna menentang negara.

    Orang yang menentang negara adalah pengkhianat atau perderhaka.

    Penderhaka hendaklah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

    Tarik kewarganegaraannya dan dihalau keluar.

    ReplyDelete
  2. Jika Mat Sabun boleh didakwa, mengapa Manoharen boleh dilepaskan. Kesalahan adalah hampir sama.

    ReplyDelete
  3. Ini bukan lagi mengguris hati lagi. Hati dah luka ni. Jaga kau manoharan. Engkau dah lajak sangat.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.