Pages
▼
Thursday, September 29, 2011
Video 'Undilah' Tak Disenangi Rakyat
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.
"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.
Katanya penarikan semula penyiaran klip video 'Undilah' sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.
"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,"katanya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.
Mengenai program merakyatkan seni, Rais berkata tujuannya untuk memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa akar umbi budaya, seni dan bahasa dalam konteks membina negara.
"Kaum-kaum lain pula cuba berazam mengekalkan budaya mereka sementara orang Melayu mengetepikan soal perpecahan menerusi siasah dan bersatu di bawah panji-panji seni budaya kita,"katanya.
Rais berkata 180 program Merakyatkan sSni yang diadakan setiap tahun akan diselitkan dengan pengertian 1Malaysia dan penterjemahan transformasi kerajaan ke arah pembaharuan yang positif.
- Bernama
Dah publish kat Youtube sudah la Namewee BABI!!!!
ReplyDeletemelayu terkinja kinja sedarlah diri sikit kamu diperbudakan oleh directornya yg konon hip dan urban la konon nak kata dpt acting generasi y trbuka ala kebaratan la konon, ingat ingat lah sikit kita ada nilai trsendiri yg murni sikap dan pembawakannya kena hembus sikit dgn ultra kiasu lupa asal usul. kamu brjaya dlm hidup ini pun atas doa ibubapa dan nenek moyang kamu terdahulu. kpd pelakon dlm video tu ingatlah sikit yg dimana langit dijunjung tanah tumpahnya darahku.
ReplyDeleteundilahhhh...jgn tdo...undilahhh....best video tu,aku sukaa...
ReplyDeleteRakyat bukanlah bodoh sangat sampai nak tunjuk ajar mereka untuk UNDILAH. Mesej yang ingin disampaikan sebenarnya lebih bersifat politik sebelah pihak sahaja. Sepatutnya video ini perlulah melalui tapisan dan saluran yang sepatutnya agar tidak memberikan masalah kepada pihak yang terlibat. Tindakan membelakangkan pihak berkuasa yang terbabit dilihat sebagai satu propaganda disengajakan dan amaran kepada kerajaan bahawa mereka boleh buat apa mereka suka tanpa mendapatkan kelulusan pihak berwajib terlebih dulu. Ini dengan jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran, cetek idea dan kekalutan undang undang mereka yang menghasilkan pembikinan video ini.
ReplyDelete