Pages
▼
Sunday, October 9, 2011
Flyers Tuntut Anwar Jalani Ujian ‘Lie Detector’ Bertaburan Di Kampus
Semenjak seminggu yang lalu, satu risalah menuntut agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani ujian ‘Lie Detector’ bertaburan di kampus, sehingga menimbulkan pergaduhan di antara puak penyokong kerajaan dan puak penyokong pembangkang, kata Keris Malaya dalam emailnya kepada AIDCNews.
Risalah yang bertajuk “Suara Hati 100, 000 – Gerakan Suara Mahasiswa & Mahasiswi” berbunyi ” Pihak Barisan Nasional tidak adil dan berlaku kejam terhadap pemimpin kesayangan kami dengan menuduh kononnya YAB Dato Seri Anwar Ibrahim – PELIWAT – PELAKON VIDEO SEKS – AJEN CIA – Demi untuk menegakkan keadilan dan membersihkan diri tohmahan negatif pihak Barisan nasional, kami para siswa dan siswa dengan ini menyeru YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri untuk melakukan UJIAN LIE DETECTOR”
Ekoran pengedaran risalah itu, satu kumpulan mahasiswa telah tampil membuat laporan polis pada 5 Oktober 2011, pada pukul 6.30 petang di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
“Pada 3 Oktober, lebih kurang pukul 5 petang semasa saya bersama rakan-rakan sekolej berada di perkarangan Masjid UKM Bangi, (kami) telah menjumpai risalah ‘Suara Hati 100, 000 – Gerakan Suara Mahasiswa dan Mahasiswi’.
“Tujuan laporan ini dibuat adalah tidak mahu risalah yang berbaur politik disebarkan di kawasan kampus UKM Bangi sehingga menimbulkan pergaduhan di antara puak penyokong kerajaan dan puak penyokong pembangkang.
“Untuk mengelak perkara yang sama berulang dan demi perpaduan mahasiswa, (kami) menuntut pihak berkuasa menyiasat perkara ini”, kata pelapor seperti yang terkandung dalam laporan polisnya.
Sumber: AIDC
ayat anuar bakal perdana menteri?
ReplyDeleteuwekkk yeakkk nak termuntah la. nuar ni bekas banduan. silap gaya akan masuk perjara balik ada hati nak di angkat jadi PM. nampak benar lah mahasiswa/mahasiswi sekarang ni bukan sahaja kurang pandai cerdik serta bijaksana jauh sekali. betul la kata2 hanya jauhari yang mengenal manikam.