Pages

Tuesday, October 18, 2011

Hujahan Akhir Pembelaan Kes Liwat Anwar - 23, 24 November


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan pada akhir kes pembelaan sebelum membuat keputusan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan demikian selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hari ini.

Mahkamah, katanya, hanya akan menentukan tarikh keputusan selepas selesai mendengar hujahan.

Perbicaraan hari ini menyaksikan 4 saksi penyanggah memberi keterangan bagi menyanggah kenyataan pakar sakit belakang upahan Anwar Dr Thomas Hoogland mengenai ketidakupayaan Anwar melakukan hubungan seks.

Saksi-saksi penyanggah pihak pendakwa itu antaranya, Datuk Dr Zalina Mat Zain, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan dua doktor daripada HKL yang pernah merawat Anwar pada 16 Julai 2008 iaitu Dr Jayendran dan Dr Ee Boon Leong.

Anwar is Dead!

2 comments:

  1. Semoga kali ini akan terbukti kebenaran dan kepalsuan ..amin

    ReplyDelete
  2. jangan dibiarkan terlepas lagi

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.