Karpal Singh, Ketua Peguam Bela Kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui hari ini bahawa anak guamnya sudah tidak lagi peluang untuk memenangi kes itu jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ditolak mahkamah untuk menjadi saksi.
“Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar
“Kami berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan isterinya,” kata Karpal seperti dilaporkan portal pro Anwar, Malaysiakini, hari ini.
Karpal dilaporkan membuat kenyataan di atas, ketika mendengar permohonan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah untuk mengenepikan sapina menjadi saksi yang dikenakan ke atas mereka hari ini.
Sebelum ini, satu lagi portal pro Anwar, The Malaysian Insider pada 28 September lalu melaporkan kehadiran Najib dan Rosmah menjadi saksi adalah penting bukan untuk melengkapkan teori konspirasi, tetapi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan pertemuan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Najib dan Rosmah pada 24 Jun 2008.
Semasa memohon mengenepikan sapina,peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib dan Rosmah berkata kedua anak guamnya bukan saksi yang penting dan relevan dalam kes liwat itu kerana pertemuan pada 24 Jun 2008, di luar daripada skop pertuduhan mahkamah iaitu pada 26 Jun 2008.
Merujuk kepada afidavit Najib untuk menyokong permohonannya bagi mengetepikan sapina itu, Hisyam berkata pertuduhan yang dihadapi Anwar ialah kejadian liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun 2008 manakala pertemuan pegadu dengan kedua anak guamnya berlaku pada 24 Jun 2008, bermakna kedua anak guamnya tidak relevan menjadi saksi dalam kes ini.
“Hujahan kami ialah ianya berupa “ekspedisi memancing” dan menyalahgunakan proses mahkamah di pihak responden pertama dan dengan itu mahkamah patut membenarkan permohonan pemohon-pemohon untuk mengetepikan sapina itu,” katanya.
Hujahnya lagi, adalah amat jelas bahawa tujuan kedua-dua sapina itu adalah untuk Najib dan Rosmah memberikan penjelasan dan pengesahan mengenai apa yang berlaku semasa perjumpaan dengan Mohd Saiful.
“Undang-undang membenarkan kedua-dua pemohon mengetepikan sapina itu jika pihak yang memohon sapina itu dikeluarkan tidak memenuhi keperluan daripada segi kerelevanan dan kepentingannya,” katanya.
Sumber - AIDC
Biadap! Blogger Pembangkang Memperlekehkan Istana Di Raja
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.