Pages

Monday, October 24, 2011

Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis- DS Najib


Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

“Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra kemarin.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk “New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

“Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.

“Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

“Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis,” katanya.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.

Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika siding akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

“Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang… tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian,” katanya.

4 comments:

  1. harap kerajaan didedahkan fakta ini melalui satu dokumentari pendek supaya rakyat jelas dan tidak terpengaruh dengan agenda yang mengangung-agungkan komunis.Mungkin satu dokumentari pendek boleh disiarkan.

    ReplyDelete
  2. Dedahkan saja supaya rakyat tahu kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Jangan cakap je ada Jib.. Habuk pun tarakkkk.. Kalau betol ada bukti awal2 lagi RTM dh siarkan...Kat pengundi2 saluran 1 (org2 tua yg baca Utusan dan tonton RTM je) blh la ko kelengtong Jib oiii..

    ReplyDelete
  4. power ayat AyatPolis..suka sgt..JIB mmg cakap pandai..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.