Pages

Monday, October 31, 2011

LGE Rasis: Mat Rempit Serang Guan Eng!


Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan di sekitar bandar raya Penang, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Pulau Pinang.

Perhimpunan tersebut disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja-T kuning yang memaparkan ayat “Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis”.

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis.

2 comments:

  1. Ayuhlah rakyat Pulau Pinang,sedarlah bahawa anda sudah teruk ditindas dibawah Lim Guan Eng.Kembalikan Pulau Pinang kpd kerajaan BN dan bersama kita hapuskan DAP yg sebenarnya lebih rasis

    ReplyDelete
  2. Masih ada jugak anak2 Pulau Pinang yang x sedar diri.semuanya kerana Sokong PAS yang bodoh tue! PAS BullShiT!!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.