Pages

Friday, October 14, 2011

Liwat II: Najwan Halimi Saksi Liabiliti Anwar


Tampilnya Mohd Najwan Halimi sebagai saksi pembela dianggap sebagai liabiliti kepada Ketua Umum PKR kerana kehadiran dan keterangannya di mahkamah mengesahkan bahawa pengadu yakni Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan yang kini merupakan staff Anwar di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini dan mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu.


Berkenaan motif utama dipanggil Najwan sebagai saksi untuk membuktikan pengadu adalah penyokong kerajaan yang tidak pernah mengidolakan Anwar, perkara ini tidak relevan kerana perkara itu sudah tidak berbangkit ketika Ketua Umum PKR mahu mengambil pengadu sebagai staff sepertimana yang didedahkan dalam pengakuan bersumpah Muhamad Rahimi Osman.

Menurut keterangan pengadu di Mahkamah, Rahimi Osman yang ketika itu merupakan pegawai khas Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab menjadi perantaraan Ketua Umum PKR dengan Mohd Saiful.

Kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan pengadu diambil bekerja di pejabat Anwar, Najwan mengakui di mahkamah bahawa dia telah mengirim e-mel protes kepada Ahli Permatang Pauh itu.

Apabila Anwar memutuskan untuk memanggil staffnya, Najwan sebagai saksi pembelanya, ia akan membuka satu lagi ruang misteri, kenapa tidak dipanggil Rahimi Osman, individu yang lebih kredibel untuk kes ini berbanding dengan Najwan ?

Ketika disoal balas, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang bertanyakan sejauh manakah keakraban saksi dengan pengadu, Najwan yang pada awalnya mengakui ‘kawan rapat’ kemudian tergagap untuk mengesahkan keakraban itu.

Berdasarkan jawapan itu, Mohd Yusof dapat menyimpulkan bahawa saksi bukanlah ‘kawan rapat’ kepada pengadu dan dipersetujui oleh Najwan sendiri.

Keterangan Najwan di mahkamah bukan sahaja tidak menarik minat Mohd Yusof malah akan memalukan saksi itu sendiri sebagaimana dalam rakaman video di atas, minit 1:01 hingga 1:02, dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta selepas selesai memberi keterangan. - AIDC


Bicara Rakyat Bajet 2011: KJ, Tony Pua, Prof Azlan Ghazali 11 Malam Ini Di TV1

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.