Pages

Saturday, October 1, 2011

Mat Sabu Perlu Pohon Maaf Kepada Sultan Kedah! :Titah Baginda Sejarah Negara Tidak Wajar Dipolitikkan. #marxsabu


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah bahawa mana-mana pihak tidak wajar mempolitikkan sejarah negara, sebaliknya menjadikan ia sebagai panduan hidup.

Baginda bertitah sejarah menjadi inti kepada jati diri dan ia merupakan kompas hidup seseorang.

"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja," titah baginda pada majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bagaimanapun, titah baginda terlalu berorientasikan masa depan juga mempunyai keburukan kerana kita akan melupai fakta sejarah.

"Seperti kata ahli falsafah barat, mereka yang tidak mempelajari sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan dahulu," titah Sultan Kedah.



Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu harus memohon maaf kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana beliaulah orang pertama yang mempolitikkan sejarah negara!



No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.