Pages

Wednesday, October 12, 2011

Pegawai Imigresen Maut Terjatuh Dari Kondominium


Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat untuk siasatan.


MAUT... Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini Selasa. Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.


Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari kediamannya dari tingkat 12, kondominium Magnaville Selayang.


Rakan terdekat mententeramkan Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas. Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Info: Bernama


Stay in touch with Bro Jinggo

3 comments:

  1. apasal diaorg ni asyik mati saja????

    ReplyDelete
  2. Berpada-padalah. Ambillah iktibar dari peristiwa ini. Mujur isteri allahyarham berterus terang tentang apa yang terjadi. Kalau tidak kena tubuhkan SURUHANJAYA SIASATAN lagi. Habis lagi duit rakyat. Lepas tu puak pembangkang politikkan keputusan. CONTOH Sepanjang zaman kematian TBH. Kalau kita bersalah buat apa nak takut? Ini ingatan kepada semua peringkat masyarakat. Ini tidak! yang merogol, meliwat, membunuh,menipu dan berbagai kesalahan jenayah tak mengaku..akhirnya sendiri yang susah. Hidup tak berkat.. percayalah. Bukan bertujuan untuk mengutuk mana-mana pihak. Cuma nasihat ikhlas.

    ReplyDelete
  3. nak bunuh diri pun tak fikir anak bini ke sapa nak jaga n besarkan..apa nasib anak tu akan datang... macam tak logic tgk gambar kat mana yg dia nak panjat tu pun taktau...

    jangan ada cubaan nak menutup mulut jerung yg lebih besar sudahlah...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.