Pages

Sunday, October 16, 2011

Terima Kasih TPM, DUN Paroi Sedia Di Tawan Kembali!


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana telah sudi datang ke Negeri Sembilan dalam lawatan seharian walaupun singkat tetapi padat.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan beberapa projek pembangunan dan penyampaian sumbangan dan bantuan untuk rakyat Negeri Sembilan sepanjang lawatan beliau ke Negeri Sembilan. Lebih dari 10 juta diluluskan dalam masa sehari lawatan Tim Perdana Menteri ke Negeri Sembilan.




Sekitar 10 ribu orang telah menghadiri jamuan makan malam bersama Tim Perdana Menteri malam tadi.

Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata begitu yakin bahawa DUN Paroi di bawah Parlimen Rembau akan dapat ditawan kembali jika dilihat akan jumlah kehadiran malam tadi dan juga beberapa roadshow yang telah dibuat sebelum ini dalam beberapa program sambutan hari raya.


Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri , beliau rasa gembira dan bangganya apabila melihat sambutan rakyat yang hebat dan luar biasa . Begitu ramai hadir mengikuti program beliau dari pagi sehingga ke malam ini. Ini tandanya rakyat masih yakin kepada kerajaan Barisan Nasional dan juga yakin akan prestasi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional terus mentadbir dalam soal soal kebajikan, keselamatan, kesihatan, pelajaran dan lain lain lagi.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 2 juta untuk membina dewan orang ramai di kawasan Flat Seroja, Tasik Jaya Senawang.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.